Sunday, March 31, 2013

VIDEO 2: Isu Memali yang WAJIB kita tonton @putrajaya_13 #tolakPR

Video 2 ini lebih menyayat hati.  Tujuan ditayangkan semula adalah untuk kita semua menyingkap sejarah semula hasil daripada terlalu taksub dan hasutan "Amanat Hadi Awang"..Sejarah tidak menipu!

Kalau sebelum ini penulis telah memaparkan Video 1 yang belum pernah di tontonkan oleh mana² media, sekarang penulis berjaya mendapatkan pula Video 2 Mamali yang lebih menyayat hati untuk dikongsi bersama para pembaca.


Saksikan..


Response Positive Jemaah Tabligh terhadap PM @barisanasional





Jamaah Tabligh pernah dihukum sesat oleh para pemimpin PAS kerana enggan berkompromi dengan ajaran PAS bahawa politik adalah agama dan agama adalah politik. Kerja-kerja agama bagi Jamaah Tabligh adalah berbeza sama sekali dengan kerja-kerja agama yang ditunjukkan oleh PAS.


Jamaah Tabligh tidak berdakwah untuk mendapatkan kuasa, bahkan jauh sekali mencari kedudukan mahupun kekayaan. Sebalik dakwah Jamaah Tabligh adalah mempromosikan kehebatan Nabi s.a.w dan sunnah-sunnah baginda s.a.w, teladan daripada para Sahabat r.a, dan alim ulama yang berada di landasan serta jalan agama yang sebenar.

Manakala PAS pula, dakwah mereka adalah untuk mendapatkan kuasa. PAS berpendapat, apabila tiada kuasa, bermakna Islam tidak boleh berkuasa dan umat Islam pula akan tertindas.

LIVE: Himpunan Barisan #1Malaysia @NajibRazak #TolakPR




Jom ikuti siaran secara langsung Himpunan Barisan 1Malaysia yang sedang berlangsung di Stadium Tertutup Titiwangsa sekarang ini.


Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyddin Yassin dijangka akan tiba pada jam 3.30 petang di sini.


Siaran langsung ini dibawakan khas oleh UMB.


Klik di sini.

Saturday, March 30, 2013

Niat Jahat PKR: Rancang kekecohan di 10 tempat pembuangan undi





Mencetuskan keganasan dan kekacauan bukan lagi sesuatu perkara yang asing bagi pembangkang. Mereka sanggup buat apa sahaja untuk berkuasa.


Sama seperti 2008, mereka meminta agar pemantau asing datang dan mereka tidak jadi membuat kacau bila keputusan pilihan raya memihak kepada mereka di lima buah negeri.


Dokumen di atas mendedahkan PKR bercadang untuk membuat kekacauan di 10 tempat di seluruh negara. Memang sudah sekian lama PKR merancang untuk mengadakan keadaaan yang tidak tenteram di negara ini.


Keganasan yang sama mengikut modus operandi "tangan asing" sebagaimana yang telah berlaku sebelum ini (lihat Bershit1,Bershit2,dll). Revolusi dan kekacauan adalah senjata terakhir Anwar.


Mereka merancang membuat kekacauan ketika hari pembuangan undi, apakah kekacauan tersebut boleh jadi lebih awal lagi? Apa sahaja boleh berlaku. Apa yang penting, rakyat Malaysia perlu sentiasa berhati hati dan berjaga jaga. Undi boleh mengubah situasi.

Kerajaan Selangor kata tiada masalah air?(Bohong) #BN4Selangor #TolakPR #ManifestoBukanJanji




Untuk makluman semua, setakat ini kerajaan pusat sudah mengeluarkan dana sebanyak RM720 juta untuk menampung masalah air Selangor .

Paling membingungkan, dikatakan Kerajaan Negeri Selangor enggan menerima bantuan yang ditawarkan oleh kerajaan Negeri Sembilan? Kenapa?


Penulis musykil dengan MB Selagor yang selama ni kata Selangor tiada masalah air. Betul ke MB?

Air adalah keperluan asas rakyat. Jika isu air pun susah diselesaikan, lupakanlah benda-benda lain.

Inilah akibatnya bila beri kepercayaan kepada mereka yang tiada pengalaman mentadbir negeri dan paling menyedihkan hanya seperti boneka yang digerak oleh jemari Teresa / Ronnie.

PM Yakin BN Akan Menang 2/3 Majoriti #BNBagus #Vote4BN #TolakPR





Kenyataan PM bahawa beliau yakin BN akan menang 2/3 majoriti PRU13 mengembalikan keyakinan rakyat bahawa negara akan terus aman. Di samping itu juga rakyat akan terus menikmati kemakmuran ekonomi dan pembangunan berterusan.
Sejak akhir-akhir ini ramai telah melihat sokongan terhadap BN semakin kuat dan bersatu sementara PR semakin bertelagah dan pelbagai tuntutan telah dibuat oleh rakyat.

Pakatan Rakyat tidak menawarkan yang terbaik untuk rakyat Malaysia. Hanya janji populis and retorik seperti apa yang mereka ungkapkan baru-baru ini "manifesto bukan janji".

BN BAGUS-Kadar kemiskinan menurun, pendapatan isi rumah meningkat #BetterNation #Vote4BN





Pelaksanaan manifesto pakatan pembangkang akan meningkatkan defisit fiskal Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) daripada empat peratus kepada 11.5 peratus dalam tempoh setahun.

Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah berkata, kerajaan akan mengalami keadaan jumlah hasil tidak mencukupi yang boleh menyebabkan krisis kewangan.
Kajiselidik menunjukkan Malaysia telah mencapai sasaran mengurangkan kadar kemiskinan sebelum tempoh sasaran 2015.

Kadar kemiskinan di kalangan Bumiputera, Cina & India nyata berkurangan; sementara pendapatan isi rumah meningkat.

Friday, March 29, 2013

Macai-macai @Khalid_Ibrahim rela pukul Pemuda UMNO BTR-DAPig bertepuk tangan! #TolakPR



Hebat mainan politik budak² pencacai PR di Bandar Tun Razak hari ini. Dek kerana tak terlawan merimbunkan bendera² Pakatan di sini, malam tadi seorang Pemuda Barisan Nasional (BN) dibelasah sehingga mendatangkan kecederaan kepada Mohd Fadzili.

Fadzili merupakan Pemuda UMNO yang aktif di dalam Parlimen milik Khalid Ibrahim ini dan sentiasa berada di sisi UMNO dalam memperjuangkan agama, bangsa dan negara.

Kejadian didakwa berlaku di hadapan bank CIMB, Jalan Jujur Bandar Tun Razak yang turut disaksiakan oleh Pengerusi PDM, Saudara Hisham Hamidi yang berada di tempat kejadian. Beliau sendiri mengesahkan berlaku pergelutan dan tumbuk menumbuk yang dimulakan oleh pencacai PKR jilat punggung ini.

Satu laporan Polis telah dibuat ke atas Mohamad Saiful Bin Mansur ini.



Tindakan biadap Saiful ini sudah boleh diduga apabila sebelum ini Saiful pernah membuat ugutan terhadap saya (Rezqeen Hill) kerana tidak bersependapat dalam ruangan komen di Facebook.


Dek kerana banner bodoh ini telah menyebabkan si Saiful menjadi bangang untuk mempertikaikan apa yang tertulis di atas dada banner tersebut.

Lihat di bawah ini, details Saiful.

Ahli Pengakap di Wilayah Persekutuan yang begitu aktif mengeluarkan kenyataan dan statement & risalah² yang tidak bertanggungjawab di laman Facebook. Saya tidak nafikan Saiful begitu concern dengan perkembangan politik semasa tetapi daripada apa yang pernah dipaparkan melalui Facebooknya, saya dapat melihat satu kedunguan yang terpalit di dalam benak kepala otak dia.


Sebenarnya saya tak berminat nak cerita & londehkan aib pencacai & pejuang LGBT Malaysia tetapi hal ini dilakukan kerana terpaksa dek kerana kelibat Saiful dan sekutunya Azizul boleh mengancam nyawa orang lain hanya kerana berbeza pendapat politik.


Suka saya nasihatkan pihak Polis supaya mengambil tindakan terhadap mereka yang melakukan kesalahan ini untuk dihadapkan ke muka pengadilan. Kerana dibimbangi akan tercetus lagi perkara² sebegini yang dirasakan akan memberi rasa kurang selesa di kalangan rakyat setempat terutama di Bandar Tun Razak.


Berikut maklumat dan details yang saya perolehi daripada laman web SPR yang mendedahkan lokaliti pencacai PR ini.

Sumber : Bersih 3 Suku

Lim Guan Eng & DAPig Penyebab Pulau Pinang Semakin Menjunam #UbahPenang #TolakPR #manifestobukanjanji



Setelah lima tahun DAP mentadbir Pulau Pinang, keadaan sosioekonomi di Pulau Pinang bertambah teruk, dengan kesesakan lalulintas yang semakin kronik, pembangunan hartanah mewah yang mengabaikan keperluan rakyat berpendapatan rendah, serta keadaan ekonomi yang mengalami defisit yang berkali ganda sejak 2009.

Mungkin ramai percaya LGE berjaya kurangkan hutang negeri tetapi ramai juga tak tau itu sebenarnya dibuat dengan bantuan Kerajaan Persekutuan.

Di bawah ini disertakan beberapa gambar dan video kemarahan rakyat Pulau Pinang kepada LGE dan DAPig:


· Pulau Pinang alami defisit selama 4 tahun berturut-turut di bawah DAP & Lim Guan Eng

· Projek terowong mega RM6.3 bilion Lim Guan Eng terima kritikan hebat dari CAP






Thursday, March 28, 2013

PANAS: Skandal Terbaru-Chegubard perlu kawal nafsu #Skandalchegubard #tolakPR


Kebelakangan ini jika pembaca melihat komen-komen di laman Facebook milik Chegubard pastinya ada di antara yang memberi komen di situ cuba memberi nasihat kepada beliau.
Mostly komennya berkisarkan andai Chegubard menjadi calon pada PRU 13 akan datang maka dia perlu 'membersihkan' dirinya mulai sekarang dan juga komen-komen yang mengharapkan Chegubard tidak mengabaikan tanggungjawabnya terhadap isteri & anak-anak.

Sesuatu yang pelik apabila membaca komen-komen sedemikian rupa. Admin cuba selidik dan menyelidik apa sebenarnya yang berlaku.

VIDEO: PM Najib's popularity at all-time high ahead of General Election 13 @NajibRazak #1Malaysia

Congratulation Sir! We love u PM! You kept all your promises..

KANTOI:@anwaribrahim bakal buat 13 kejutan apabila tiba PRU13? #tolakPR #manifestobukanjanji

Inilah antara 13 kejutan yang bakal Ketua Umum (dilantik secara automatik) Anwar Ibrahim lakukan apabila menjelang PRU13 demi untuk meraih kembali undi yang telah banyak hilang atas kesilapan Pakatan Pembangkang itu sendiri.



Inline image 1
Inline image 2
Inline image 3
Inline image 4
 Inline image 5
sila scroll sampai bawah dan lihat ke semua kejutan² ini supaya anda semua bersedia.

VIDEO SEBENAR ISU MEMALI: Pengakuan sendiri oleh bapa kepada Ust.Ibrahim Libya

Khas untuk generasi muda, sila tonton video pendek ini.  Ramai generasi muda hari ni mungkin ada yang tidak faham dan mengetahui kisah sebenar Isu Memali yang berlaku pada tahun sekitar 80an dan mungkin juga anda semua masih baru belajar merangkak mahupun belum lahir ke dunia fana ini ketika insiden ini berlaku.

Walaubagaimanapun, dengan sumber² yang ada, penulis cuba memaparkan edisi-1 video Memali ini untuk anda semua nilai sendiri dan lihat dengan teliti.


Wednesday, March 27, 2013

Siri ke-2: SMS Dalang Lahad Datu #tolakPR #prayforsabah

Sebelum ini penulis ada memaparkan beberapa siri tentang dalang & kronologi isu di Lahad Datu yang menjadi panas dan hangat apabila melalui sumber-sumber dan media-media asing tertentu kebanyakkannya mengaitkan isu ini dengan beberapa orang pemimpin tertinggi Pakatan Haram Pembangkang ini.

Kali ini sekali lagi dalang isu Lahad Datu ini dibongkar sehinggakan sms ketua pembangkang dengan pihak pengganas ini dikesan.. Jom tengok



Tuesday, March 26, 2013

KRONOLOGI: Kaitan Anwar dengan isu pencerobohan Lahad Datu? @PDRMsia #prayforsabah



SURUHANJAYA SIASATAN DIRAJA KE ATAS PENGLIBATAN ANWAR KE ATAS PENCEROBOHAN PENGGANAS KIRAM DI LAHAD DATU WAJAR DISEGERAKAN ATAS FAKTOR-FAKTOR BERIKUT:

16.7.2012 - Anwar jumpa Nur Misuari secara rahsia dan berasingan. Pertemuan              melebihi 1 Jam.

17.7.2012 - Anwar sekali lagi bertemu Nur Misuari. Pertemuan kurang 1 Jam.


18.7.2012 - Sehari kemudian, Anwar membayar Lajim RM20 Juta untuk tinggalkan UMNO. Imbas semula pada tahun 1994, Anwar membayar Lajim RM3 juta supaya tinggalkan PBS.

12-13.10.2012 - Anwar ke Lahad Datu, turut mengadakan pertemuan dengan Kumpulan Kiram.

Selamat Meraikan Hari Polis ke-206 @PDRMsia @NajibRazak @HishammuddinH2O @tunfaisal


Tidak terlewat rasanya untuk penulis mengucapkan Selamat Hari Polis ke-206. Pada pandangan penulis dikesempatan ini eloklah kita rakyat Malaysia menghargai jasa-jasa yang telah dicurahkan oleh anggota polis dalam menjalankan tanggungjawab mereka menjaga keselamatan dan ketenteraman masyarakat.

Penghargaan ini juga lebih bermakna khususnya buat pejuang-pejuang di Lahad Datu (Ops Daulat) dan amnya tidak kiralah apa sekalipun operasi yang telah dijalankan, selagi anda anggota polis, kami amat menghargainya.!

VIDEO LAWAK:Berebut kerusi di Putrajaya @afdlinshauki @datoacmizal @putrajaya_13

Sekadar hiburan anda khasnya buat warga dan pengundi di Putrajaya.  Gara-gara berebut kerusi di Putrajaya, "mereka-mereka" ini jadi tidak keruan dibuatnya.  Agak-agaknya macam inikah diorang?  Jom lihat:




Al-Fatihah: Dr.Muhammad Uthman El-Muhammady meninggal dunia


Al-Fatihah...Negara kehilangan ulama besar bila Dr Muhammad Uthman El-Muhammady meninggal dunia di kediamannya di ISTAC, Taman Duta di sini petang tadi. 
Dilahirkan pada 9 Feb 1943 di Kelantan, Dr Muhammad Uthman ialah tokoh yang tidak asing khususnya dalam dunia intelektual Islam dan telah menghasilkan ratusan penulisan berkaitan ketamadunan Islam amnya.

Monday, March 25, 2013

Anwar tinggalkan Permatang Pauh PRU13? #tolakPR



Pengumuman Anwar untuk bertanding ke Selangor atau Perak (kawasan majoritinya kaum Cina) tapi BUKAN di Permatang Pauh dalam PRU-13 dilihat sebagai bukti yang jelas beliau sebenarnya mengalami krisis hilang kepercayaan terutamanya undi orang Melayu di kawasan sendiri.
Jelas terbukti sejak akhir² ini, kontroversi demi kontroversi yang dikaitkan dengan beliau seperti isu Video Homoseksual dan isu Lahad Datu menyebabkan beliau semakin hilang punca dan tiada jawapan yang menyakinkan rakyat khususnya orang Melayu.
Memang benar, sesetengah pendapat mengatakan sekalipun beliau homoseksual, itu urusan peribadi beliau TETAPI harus diingat beliau sebenarnya dilihat sebagai seorang yang 'alim dan warak' dikalangan penyokong Melayu beliau sendiri.  Disebabkan video kontroversi itulah beliau mengambil jalan selamat untuk 'lari' keluar dari Permatang Pauh.

#JomBertindak telah dilancarkan oleh PM. Daftar sekarang!


Perdana Menteri telah melancarkan 'Kit Tindakan' sempena PRU13. Jom bertindak sekarang bagi memastikan kerajaan yang sedia ada terus kekal dan kemakmuran negara akan lebih gemilang.
Anda boleh mendaftar secara percuma dan akan menerima buku panduan sebagai panduan kepada pengundi-pengundi baru. Kit tersebut juga mengandungi pen, pin kolar dan pelekat.

Kenapa @anwaribrahim tidak berani saman Reuters?@putrajaya_13

Siapa dalang disebalik isu Lahad Datu? Penulis bukanlah hendak menghasut mana² pembaca untuk memburukkan lagi imej Anwar Ibrahim yang sedia maklum telah pun tercemar oleh kerana hubungan terlarang (homoseks) dengan seorang lelaki baru-baru ini, tetapi sekadar memberi info kepada rakyat Malaysia tentang isu ini.  

Untuk makluman, maklumat ini diperolehi daripada media luar (Reuters).. so Anwar Ibrahim, tak mau saman ke? hehehe...






Sunday, March 24, 2013

Mari lihat pencapaian mereka sebagai Menteri Kewangan


Jom kita melihat perbandingan kadar pasaran bursa Malaysia semasa tiga pemimpin bertindak sebagai Menteri Kewangan - Anwar Ibrahim, Tun Dr Mahathir Mohamad dan Dato' Seri Najib Tun Abdul Razak.

Di bawah ini disertakan graf untuk kita sama-sama menilai perubahan pasaran Bursa Malaysia semasa ketiga-tiga individu ini menjadi Menteri Kewangan - dari segi turun-naik pasaran.

Thursday, March 21, 2013

Trailer Super Hero Msia di pawagam-Pra Tonton PERCUMA @GSCinemas


Jangan lepaskan peluang ini!!  Satu lagi animasi tempatan bakal 'meletop' di pawangan dan dijangkakan bakal mengatasi kutipan Filem Box Office "Captain Amerika".

VIDEO: Nabil Raja Lawak secara terbuka sokong BN #tolakPR #1Malaysia


Raja Lawak Nabil Ahmad antara artis yang secara terbuka tanpa berselindung lagi menyokong Kerajaan Barisan Nasional (BN).  Nabil yang sempat hadir walaupun jadual yang agak padat telah membuat pengakuan dihadapan lebih 500 orang pejuang aktivis siber BN baru-baru ini.

Antara artis lain yang turut hadir ialah pelakon popular tanah air kita, Azhar Sulaiman.

Wednesday, March 20, 2013

VIDEO PANAS: Siapa cakap Anwar Gay? Ada Bukti Ke? #tolakPR

Sila lihat sendiri, 'makhluk' yang kononnya menyerupai Ketua Umum PKR Anwar Ibrahim..  Penulis berasa hairan juga kerana video kali ini setelah diamati buat kali yang ke 100 kali, rasanya penonton TIDAK akan tertipu dan payah untuk Anwar Ibrahim menafikannya..

Tahniah Anwar Ibrahim, anda memang berani!


Tuesday, March 19, 2013

LIHAT VIDEO INI: Isu Homo-@anwaribrahim gugup bila ditanya!

Soalan yang diajukan amat mudah, hanya perlu menjawab "YA" atau "TIDAK".. Tetapi malangnya @anwaribrahim tidak dapat menjawab secara tepat.
Jawapan yang diberikan TIDAK konkrit..Kenapa ?

LIHAT VIDEO INI: Jangan Tangisi Pemergian Kami #prayforsabah

Sila lihat video pendek ini.  Terima kasih kepada penciptanya.  Walau apa pun Pembangkang nak cakap / tohmahan / kutukan / cacian mahupun fitnah tentang insiden kematian parajurit Negara, kami rakyat Malaysia iringi doa buat Wira Negara semua.


Pemuda UMNO Putrajaya nekad usir Pembangkang daripada Putrajaya @TengkuAdnanReal @NajibRazak @Khairykj #tolakPR #manifestobukanjanji


Ratusan Pemuda UMNO Putrajaya bersama kepimpinan Ketua Pemuda, Datuk Zaki dan AJK yang lain  telah hadir kelmarin ke Majlis Himpunan Rakyat 1Malaysia dan Pelancaran Gelombang Biru WP di Bandar Tun Razak bagi menunjukkan sokongan padu kepada BN serta menolak sekeras-kerasnya Pembangkang dari merampas Putrajaya.


Dalam majlis tersebut, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin juga mengingatkan kepada semua rakyat supaya tidak tertipu dengan manifesto Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) yang dikeluarkan oleh pakatan pembangkang baru-baru ini.

Beliau berkata, rakyat harus sedar pakatan pembangkang melalui seorang pemimpin kanannya pernah membuat kenyataan bahawa manifesto pilihan raya bukannya satu perjanjian yang perlu ditunaikan.

Atas sebab itu beliau berkata, banyak janji manifesto yang tawarkan kepada rakyat terutama di Selangor pada pilihan raya umum 2008 gagal ditunaikan sehingga rakyat membuat beberapa tuntutan di mahkamah.

"Rakyat jangan tertipu dengan janji-janji yang ditawarkan seperti mana yang disebut di dalam manifesto mereka. Yang lama pun tidak tertunai hendak pula tawarkan yang baru.

"Rakyat harus ingat bagaimana Ahli Parlimen Bandar Tun Razak, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim kata manifesto bukannya janji. Ada ke dia kata bukan janji. Saya minta rakyat sedar dan tidak lagi tertipu dengan mereka,"...

Lagi sabotaj oleh Solidariti Anak Muda Msia(SAMM)



Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Seputeh menggesa pihak Polis menyiasat pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Solidariti Anak Muda M'sia (SAMM) yg dipercayai menjadi dalang sabotaj pejabat gerakan itu di Taman Desa di sini pada Ogos dan Januari yang lalu.

Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Seputeh, Mohd Razlan Muhammad Rafii berkata, pejabat tersebut pernah beberapa kali disabotaj iaitu ditampal dengan poster Asalkan Bukan UMNO (ABU) serta diseber cat bertulis #KL112.

PAS Putrajaya menggigil bila Hassan Ali ceramah @TengkuAdnanReal @halimwasoh1 @UtusanMr #tolakfitnah #TolakPR


Baru-baru ini bumi bertuah Putrajaya sekali lagi bergegar.  Ini kerana Mantan Naib Presiden PAS, merangkap Pengerusi JATI iaitu Datuk Hassan Ali telah dijemput untuk mengadakan ceramah di perkarangan kawasan penduduk Presint 8, Putrajaya.

Alhamdulillah walaupun kebiasaannya pada hujung minggu warga Putrajaya pasti meninggalkan Putrajaya sama ada bercuti mahupun pulang ke kampung tetapi TIDAK pada kali ini.  Rata-rata warga Putrajaya khususnya sanggup mengorbankan waktu dan hari cuti mereka untuk mendengar secara berdepan perihal PAS dan konco-konconya serta kemelut sebenar yang dialami Datuk Hassan Ali lantran pemecatan beliau.

Thursday, March 14, 2013

BONGKAR: Dalang sebenar isu Lahad Datu dikenalpasti #tolakPR #prayforsabah

Lantaran tembelang Ketua Umum PKR sebagai dalang sebenar insiden pencerobohan kumpulan bersenjata puak Sulu di Lahad Datu didedahkan oleh akhbar Utusan Malaysia dan stesen televisyen TV3, Anwar Ibrahim terus menyaman kedua-dua media tersebut tanpa berlengah dan bertangguh.


Sebabnya sudah nyata kerana Anwar kini dalam ketakutan apabila peranan beliau sebagai individu yang mengapi-apikan semangat kumpulan pengganas Sulu untuk menyerang Sabah telah diketahui umum.

Wednesday, March 13, 2013

Lihat Video Ini: "Bakal PM" fobia dengan wartawan? #tolakPR

Kenapa "bakal PM" seorang ni takut dan fobia dengan wartawan?  Tugas wartawan ialah bertanya soalan untuk mendapatkan penjelasan itu sahaja.  Janganlah pula dihina mahupun diherdik.  Be professional!

Anda lihat, anda kaji, anda nilai......

TERKINI: PM @NajibRazak mengadap Sultan? #1Malaysia



Melalui sumber-sumber yang boleh dipercayai, penulis mendapat tahu PM kita dilihat pergi mengadap Sultan di Istana Negara.  Mungkinkah ini petandanya pembubaran parlimen akan diumumkan?

Tuesday, March 12, 2013

PR1MA: Warga kota mampu miliki rumah tidak lama lagi @NajibRazak @RajaNongChik #PR1MA



80,000 rumah mampu milik untuk rakyat yang berpendapatan sederhana akan dibina di Lembah Klang & Wilayah Persekutuan. 50,000 unit rumah akan dibina melalui projek Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA). Manakala baki 30,000 unit rumah baki daripada itu akan dilaksanakan oleh Kementerian Wilayah Persekutuan & Kesejahteraan Bandar.


Jaminan daripada Perdana Menteri, Dato Seri Najib Tun Razak harga seunit rumah lebih rendah sebanyak 20% - 30% daripada harga semasa pasaran. Beliau memberi jaminan semasa melancarkan PR1MA Alam Damai, di Bandar Tun Razak semalam.

Monday, March 11, 2013

BERITA BAIK: Lagi Durian Runtuh berkaitan kakitangan awam @NajibRazak #1Malaysia #tolakPR


Berikut adalah berita baik yang diumumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak di Majlis Perdana Perkhidmatan Awam yang ketiga belas berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya pada Isnin buat 1.4 juta kakitangan awam termasuk kenaikan gaji tahunan yang diawalkan dan akan berkuat kuasa mulai 1 Julai 2013

9 perkara tersebut adalah seperti yang dilaporkan oleh akhbar Sinar Harian:

Fitnah BL1M? Pembangkang diberi masa seminggu! @tengkuazman #tolakPR


Haaaaa...sebab apa pemimpin pakatan haprak ini dikatakan sebegini rupa dan memang sepatutnya mereka diberikan gelaran ini. Apa saja perkara yang baik yang mendatangkan kebaikan kepada rakyat ada saja yang cuba untuk menabur fitnah supaya rakyat akan menjadi curiga.

Ini adalah kerana mereka berasa cemburu sebab tak dapatkan berikan perkhidmatan yang terbaik kepada rakyat. Hanya yang mereka tahu KONDEM, fitnah, ceramah sana sini itu lebih penting. Kebajikan rakyat jatuh diperingkat bawah sekali asalkan matlamat mereka untuk ke Putrajaya tercapai.

Pemuda UMNO Putrajaya edar risalah tangkis fitnah PKR @NajibRazak @TengkuAdnanReal @Khairykj #1Malaysia #tolakPR

Bersama KP sedia gempur PR
 
Semalam Pemuda UMNO Putrajaya bersama Ketua Pemuda Datuk Ahmad Zaki telah mengedar beberapa risalah bagi menangkis pelbagai fitnah yang selama ini dilemparkan oleh PR(Pakatan Rosak) terhadap kerajaan.

Bertempat di kawasan Apartment Precint 5, boleh dikatakan hampir 800 buah pintu rumah telah berjaya diedarkan oleh mereka dan difahamkan selepas ini target yang lebih besar serta gerakan yang lebih agresif akan dilaksanakan oleh Pemuda UMNO Putrajaya dalam mempastikan Putrajaya ini terus kekal di tangan Barisan Nasional (BN).

Video: Ayah, kenapa dulu lain sekarang lain? @RockyKCD @TepakBersulam


Ayah lah yang paling rapat dengan saya.  Ayah duduk di sebelah saya, bersongkok tinggi dan berbaju Melayu biru ketika saya mengaku dan bersumpah laknat.  Ayah juga yang menekan pendakwaraya untuk merayu kes liwat antara saya dan uncle Anwar....

Tetapi sekarang..Jeng..Jeng..Jeng....

Saturday, March 9, 2013

Pelancaran PR1MA Alam Damai - Perumahan mampu milik buat rakyat @NajibRazak #1Malaysia #BNbagus


PR1MA Alam Damai merupakan salah satu projek pembangunan PR1MA yang ditubuhkan selaras dengan Akta PR1MA 2012 bagi merancang, membangun, membina dan menyenggara perumahan mampu milik untuk mereka yang berpendapatan sederhana di pusat bandar utama.

Ia merupakan sebuah inisiatif kerajaan Malaysia yang telah dilancarkan oleh YAB Dato’ Sri Mohd Najib bin Tun Abdul Razak pada Julai 2011 bagi menyahut permintaan rakyat yang inginkan kediaman mampu milik, biarpun nilai hartanah masa kini semakin meningkat. Oleh itu, PR1MA membuka peluang kepada individu atau keluarga yang berpendapatan isi rumah antara RM2,500 – RM7,500 serta tidak memiliki lebih daripada satu rumah untuk memohon.

Friday, March 8, 2013

Biarlah apa saja dakwaan PR, kami tetap anggap kamu semua Wira Negara #prayforsabah



Sebagai tanda penghormatan kepada wira-wira kita yang terkorban, marilah kita sama-sama membaca Al-Fatihah, semoga roh mereka dicucuri rahmat dan keamanan buat Negara kita Malaysia berkekalan.   Mudah-mudahan doa kita semua pada pagi Jumaat yang barakah ini dimakbulkan.. Al-Fatihah



Wednesday, March 6, 2013

#Manifestobukanjanji PR buat Hitler mengamuk? Lawak ni!


Hitler pun dari awal lagi dah marah dan tidak setuju dengan #manifestobukanjanji puak-puak PR ni..Jom tengok kalau tak percaya..


Tuesday, March 5, 2013

Penguatkuasa Perbadanan Putrajaya izin trailer mewah PAS buka pentas di hadapan Mydin,P14 Putrajaya? @TengkuAdnanReal @TanSriAseh @putrajayacorp


Tak masuk akal!  Itulah yang sedang bermain di fikiran sebilangan besar penduduk-penduduk Putrajaya.  Bagaimana pihak berkuasa Perbadanan Putrajaya (PPJ) boleh benarkan sebesar-besar (sebosar-bosar kalau loghat Tan Sri Aseh) trailer ini parking betul-betul depan Mydin?  Pulak tu, boleh pulak bukak pentas dan gunakan kanak-kanak?  Sila lihat gambar di bawah:

Pemberontakan Sulu berjaya ditumpaskan pagi tadi @HishammuddinH20 @Zahid_Hamidi #prayforsabah





Kenyataan Akhbar

Sejak pencerobohan oleh kumpulan bersenjata di Lahad Datu pada Feb 12, kerajaan telah mengambil pendekatan untuk menyelesaikan konflik ini tanpa pertumpahan darah. Pihak polis telah mengadakan pertemuan dan rundingan dengan harapan penceroboh akan bersetuju keluar dengan aman tanpa dikenakan sebarang tindakan undang-undang yang serius.