Monday, March 11, 2013

Pemuda UMNO Putrajaya edar risalah tangkis fitnah PKR @NajibRazak @TengkuAdnanReal @Khairykj #1Malaysia #tolakPR

Bersama KP sedia gempur PR
 
Semalam Pemuda UMNO Putrajaya bersama Ketua Pemuda Datuk Ahmad Zaki telah mengedar beberapa risalah bagi menangkis pelbagai fitnah yang selama ini dilemparkan oleh PR(Pakatan Rosak) terhadap kerajaan.

Bertempat di kawasan Apartment Precint 5, boleh dikatakan hampir 800 buah pintu rumah telah berjaya diedarkan oleh mereka dan difahamkan selepas ini target yang lebih besar serta gerakan yang lebih agresif akan dilaksanakan oleh Pemuda UMNO Putrajaya dalam mempastikan Putrajaya ini terus kekal di tangan Barisan Nasional (BN).


Informasi-informasi seperti ini amatlah berguna untuk rakyat khususnya dalam menangani fitnah atau apa saja kekeliruan yang cuba ditimbulkan oleh PR terhadap kepimpinan kerajaan.
 
 
KP sempat bertemu penduduk Apartment P5
 
Pemuda UMNO Putrajaya juga mengucapkan jutaan terima kasih kepada PM kerana mengekalkan YB Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor sebagai Ahli Parlimen Putrajaya pada PRU13 akan datang.
 
Antara risalah yang diedarkan
 
 Ayuh semua penyokong BN, peperangan semakin hampir.  Tingkatkan usaha serta kuatkan kubu kita.  Kita tolak PR ini dari terus bertapak di Putrajaya.
 
YB Tengku Adnan memang disenangi oleh rakyat Putrajaya

 


1Malaysia......Hidup BN!