Baru-baru ini bumi bertuah Putrajaya sekali lagi bergegar. Ini kerana Mantan Naib Presiden PAS, merangkap Pengerusi JATI iaitu Datuk Hassan Ali telah dijemput untuk mengadakan ceramah di perkarangan kawasan penduduk Presint 8, Putrajaya.
Alhamdulillah walaupun kebiasaannya pada hujung minggu warga Putrajaya pasti meninggalkan Putrajaya sama ada bercuti mahupun pulang ke kampung tetapi TIDAK pada kali ini. Rata-rata warga Putrajaya khususnya sanggup mengorbankan waktu dan hari cuti mereka untuk mendengar secara berdepan perihal PAS dan konco-konconya serta kemelut sebenar yang dialami Datuk Hassan Ali lantran pemecatan beliau.
Turut diakui sendiri oleh beliau, keadaan dan sambutan pada malam itu jauh berbeza ketika beliau kali pertama datang ke Putrajaya dahulu sewaktu menjawat jawatan bersama PAS. Ketika itu sambutan agak hambar. Beliau berpendapat, kalau begini sambutan yang amat luar biasa, saya pasti Pakatan tidak akan dapat bertapak di Putrajaya.
Terima kasih diucapkan kepada Datuk Hassan Ali atas kehadiran beliau pada malam itu. Segala info / tembelang / penipuan / auta puak-puak Pakatan ini terungkai satu per satu. Ini dapat meyakinkan lagi rakyat Putrajaya untuk TIDAK terus ditipu dengan janji-janji manis PR #manifestobukanjanji.
Dan apa yang lebih penting mulai saat ini kita semua terus mempertahankan Islam, Melayu dan Raja-raja kita daripada terus digadai oleh puak-puak PR baik PAS mahupun PKR. Ini kerana mereka ini telah terbukti beberapa kali gagal dan terus menjadi "keldai" DAPig dan Anwar khususnya.
Sesungguhnya Allah SWT itu Maha Benar dan Maha Adil... Satu per satu ditunjukkan. Wallahualam... Ya Allah, Selamatkan Malaysia Tanah Airku...