Saturday, March 30, 2013

BN BAGUS-Kadar kemiskinan menurun, pendapatan isi rumah meningkat #BetterNation #Vote4BN





Pelaksanaan manifesto pakatan pembangkang akan meningkatkan defisit fiskal Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) daripada empat peratus kepada 11.5 peratus dalam tempoh setahun.

Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah berkata, kerajaan akan mengalami keadaan jumlah hasil tidak mencukupi yang boleh menyebabkan krisis kewangan.
Kajiselidik menunjukkan Malaysia telah mencapai sasaran mengurangkan kadar kemiskinan sebelum tempoh sasaran 2015.

Kadar kemiskinan di kalangan Bumiputera, Cina & India nyata berkurangan; sementara pendapatan isi rumah meningkat.

Sasaran Rancangan Malaysia Ke-10 dicapai 3 tahun lebih awal. Tahniah kerajaan @barisanasional

Purata pendapatan isi rumah antara 3 kaum utama di Malaysia meningkat sejak 2009.

Barisan Nasional tidak perlu retorik. Kerajaan telah buktikan bahawa mereka serius bangunkan sosioekonomi negara.