Tidak terlewat rasanya untuk penulis mengucapkan Selamat Hari Polis ke-206. Pada pandangan penulis dikesempatan ini eloklah kita rakyat Malaysia menghargai jasa-jasa yang telah dicurahkan oleh anggota polis dalam menjalankan tanggungjawab mereka menjaga keselamatan dan ketenteraman masyarakat.
Penghargaan ini juga lebih bermakna khususnya buat pejuang-pejuang di Lahad Datu (Ops Daulat) dan amnya tidak kiralah apa sekalipun operasi yang telah dijalankan, selagi anda anggota polis, kami amat menghargainya.!
Bagi polis-polis yang ada di Malaysia ini, tidak kiralah yang bertugas sebagai anggota trafik, penyiasat jenayah, menjaga bangunan-bangunan kerajaan, menjaga system penting negara ataupun menjadi bakal pelapis nanti, penulis ucapkan tahniah dan terima kasih kerana anda telah menjalankan tanggungjawab dengan ikhlas dan tulus serta jujur.
Tak semua anggota polis adalah jahat dan tidak jujur seperti yang banyak diperkatakan oleh masyarakat negara kita pada masa sekarang. Dengan keadaan politik semasa yang tidak stabil, ditambah lagi dengan beberapa kes yang melibatkan penyalahgunaan kuasa polis kepada orang awam sebelum ini, ramai pihak yang menyuarakan rasa tidak puas hati kepada institusi polis negara kita. Meskipun begitu, kita tak boleh lupakan jasa dan khidmat anggota polis yang lain. Masih ramai lagi anggota polis yang sentiasa memberikan perkhidmatan yang mesra pelanggan dan sentiasa jujur.
Sebagai kesimpulannya, penulis hanya mahu ucapkan terima kasih dan selamat maju jaya kepada anggota polis seluruh dunia. Diharapkan semoga dapat dan akan terus memberikan perkhidmatan yang terbaik dan jalankan tanggungjawab anda semua dengan tulus,jujur dan ikhlas.
Terima Kasih polis.