Tuesday, March 5, 2013

Penguatkuasa Perbadanan Putrajaya izin trailer mewah PAS buka pentas di hadapan Mydin,P14 Putrajaya? @TengkuAdnanReal @TanSriAseh @putrajayacorp


Tak masuk akal!  Itulah yang sedang bermain di fikiran sebilangan besar penduduk-penduduk Putrajaya.  Bagaimana pihak berkuasa Perbadanan Putrajaya (PPJ) boleh benarkan sebesar-besar (sebosar-bosar kalau loghat Tan Sri Aseh) trailer ini parking betul-betul depan Mydin?  Pulak tu, boleh pulak bukak pentas dan gunakan kanak-kanak?  Sila lihat gambar di bawah:



PR sering menggunakan kanak-kanak bagi elak dikenakan tindakan
Dah la kawasan parking di kawasan ini terhad, ditambah pula dengan kehadiran trailer mewah yang tidak diundang ini menyusahkan orang ramai yang mahu ke Pasaraya Mydin di situ.  Memang tak salah kalau nak ceramah ke buat show ke, tapi biarlah tempat tu sesuai dan kena pada tempatnya.

Sememangnya inilah strategi PR apabila PRU13 hampir tiba.  Tiada jasa yang ditaburkan di Putrajaya ini hanya mahu merampas Putrajaya sahaja.

Kita minta Presiden PPJ, @TanSriAseh yang baru sahaja menjawat jawatan ini agar memantau perkara ini agar TIDAK berulang.  Mungkin beliau terlepas pandang, tetapi untuk makluman Tan Sri, ada pegawai-pegawai PPJ yang seolah-olah "membutakan mata" sahaja tentang perkara ini. 

Tapi kalau orang ramai silap parking atau menggangu aliran lalu lintas, cepat pula mereka saman!  Fikir-fikirkan....(akan bersambung)