Saturday, November 30, 2013

TERBARU: Senarai baru Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO wakili semua golongan @putrajaya_13


Penceramah bebas, Mohammad Kazim Elias atau lebih dikenali dengan nama jolokan Ustaz Kazim merupakan antara sembilan individu yang dilantik sebagai ahli Majlis Tertinggi (MT) baharu.

Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata, pelantikan tersebut diputuskan Perdana Menteri yang juga Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak mengikut fasal 9.2.8 Perlembagaan UMNO.

Beliau berkata, pelantikan sembilan individu terdiri daripada pelbagai latar belakang itu melengkapkan jumlah 13 ahli MT yang dilantik Presiden UMNO sebagai tambahan kepada saf 25 orang yang dipilih menerusi pemilihan parti baru-baru ini.

Ketua Pemuda UMNO WP yang baru-Tahniah @razlanrafii @TengkuAdnanReal




Nama Mohd Razlan Bin Muhammad Rafii merupakan nama yang tak perlu diperkenalkan lagi dalam dunia politik tanah air terutama di peringkat Pergerakan Pemuda UMNO.

Beliau yang dikenali kerana kelantangan membahaskan isu-isu semasa dan memperjuangkan nasib Bumiputera di Kuala Lumpur yang tersepit antara pembangunan dan survival hidup di ibu kota Malaysia ini.

Thursday, November 28, 2013

UMNO sedia muzakarah dengan PAS, tapi biarlah ikhlas @putrajaya_13



UMNO bersifat terbuka dan sedia menyahut cadangan PAS untuk bermuzakarah atas perkara membabitkan kepentingan Islam. Tetapi bagaimana pula dengan PAS?

Wednesday, November 27, 2013

GEMPAR: Malaysia sedang diintip? @putrajaya_13 @Zahid_Hamidi



Pihak berkuasa Malaysia sedang menyiasat secara menyeluruh mengenai laporan terkini media berhubung dakwaan pembabitan negara lain, terutama Singapura, dalam kegiatan mengintip Malaysia.

Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman, berkata kerajaan sangat bimbang mengenai laporan dakwaan pengintipan oleh beberapa negara terhadap Malaysia. 

Guru yang benci BN pun dapat naik gaji? @putrajaya_13


Kepada Cikgu-cikgu..tahniahla dapat gaji baru..kutuk kerajaan setiap hari dan lawan Kerajaan BN secara terang terangan pun masih diberi kenaikan gaji..

Tuesday, November 26, 2013

Gempar: Klinik sebar ajaran sesat di Putrajaya dikenal pasti? @putrajaya_13 @myJAWI @putrajayacorp


Sebuah klinik dan surau di Putrajaya dikenal pasti menjadi tempat menyebarkan ajaran sesat sekali gus dilihat sebagai cubaan segelintir pihak untuk membawa masuk fahaman songsang ke Putrajaya.

@TengkuAdnanReal perjelaskan tentang isu cukai pintu @putrajaya_13


Pertemuan tertutup kali kedua diadakan diantara Menteri Wilayah Persekutuan & Kesejahteraan Bandar, YB Tengku Adnan Bin Tengku Mansor bersama-sama Wakil Rakyat seluruh Wilayah Persekutuan. Antara yang hadir Ahli Parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah, Ahli Parlimen Batu Tian Chua dan yang boleh dijangka gagal hadir ialah Tan Sri Abd Khalid Ibrahim, Wakil Rakyat Bandar Tun Razak.
Isu utama yang dibentangkan dan diperbincangkan adalah kenaikan tarif cukai pintu seperti yang diterima dan dipertikaikan penduduk Kuala Lumpur. sebelum ini.
Untuk makluman, ini adalah kali pertama cukai pintu dinaikkan sejak 21 tahun yang lalu.

Thursday, November 21, 2013

Hari Remaja Putrajaya peluang terbaik untuk para remaja. Jom kita @putrajaya_13


Peluang remaja Putrajaya tunjuk bakat!! Jom sertai Hari Remaja Putrajaya, peluang masih ada.  Hanya tinggal beberapa hari lagi..Hadiah?  Sangat lumayan....Sebarang pertanyaan sila hubungi talian yang tertera di poster ini. 

Tuesday, November 12, 2013

Petronas Dagangan Bhd 'lumpuhkan' ekonomi orang Melayu? @putrajaya_13 @razlanrafii


Apa sudah jadi?? BUKAN hanya dakwaan syarikat minyak dan gas menghadapi masalah mendapatkan kontrak Petronas, pemilik stesen minyak Petronas juga mendakwa menerima tekanan daripada syarikat petroleum itu.

Menurut sumber yang telah lebih 30 tahun terlibat dalam perniagaan stesen minyak Petronas, kepentingan Bumiputera, terutama bagi perusahaan kecil dan sederhana (PKS) di bawah perniagaan milik Petronas Dagangan Bhd (PDB) didakwa telah terhakis kerana dasar baru yang mula menular dalam Petronas.

Wednesday, November 6, 2013

PRK Sg.Limau-Pelbagai faktor kekalahan BN, akur dengan keputusan @putrajaya_13 @MukhrizMahathir




Menteri Besar, Datuk Mukhriz Tun Mahathir menyifatkan pelbagai faktor menjadi punca kegagalan Barisan Nasional (BN) menawan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Limau daripada Pas dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) hari ini.

Mukhriz berkata, BN yang mendahului kiraan undi pada peringkat awal akhirnya terpaksa akur apabila undian daripada Pusat Daerah Mengundi (PDM) Bukit Besar mula dikira.

AWAS: Ada kes remaja mati akibat 'ketagihan' bermain komputer @putrajaya_13

IN07_COMPURTE_651983f

Seorang remaja, dipercayai bermain permainan komputer secara berterusan selama lebih 15 jam ditemui telah meninggal dunia dalam keadaan terlantar pada peralatan itu di biliknya di Bandar Baru Air Itam, George Town pada Isnin lalu.

Monday, November 4, 2013

PANAS: Jantan mana naik angin sampai tumbuk wanita tu? @putrajaya_13 #prksungailimau





Panas...semakin panas....???  Seorang jentera Wanita UMNO cedera ditumbuk oleh jantan Pas di pusat pengundian Ulu Sedaka sebentar tadi..

Berita lanjut akan menyusul sebentar lagi.....