Wednesday, November 27, 2013

GEMPAR: Malaysia sedang diintip? @putrajaya_13 @Zahid_Hamidi



Pihak berkuasa Malaysia sedang menyiasat secara menyeluruh mengenai laporan terkini media berhubung dakwaan pembabitan negara lain, terutama Singapura, dalam kegiatan mengintip Malaysia.

Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman, berkata kerajaan sangat bimbang mengenai laporan dakwaan pengintipan oleh beberapa negara terhadap Malaysia. 
Edward Snowden
Kementerian akan memanggil pesuruhjaya tinggi Singapura esok untuk mendapat penjelasan berhubung dakwaan itu, katanya dalam kenyataan di sini, malam tadi. 

"Keselamatan dan kedaulatan Malaysia menjadi perkara paling utama kepada kerajaan. Apatah lagi kegiatan mengintip terhadap kawan baik dan jiran yang sudah pasti tidak dapat diterima dan bertentangan dengan semangat dan komitmen dalam hubungan berjiran," kata Anifah.

Anifah menegaskan hubungan Malaysia dan Singapura pada masa ini adalah teguh dan saling memberi manfaat, seperti yang dicerminkan menerusi hubungan baik antara kedua-dua perdana menteri dan perluasan bidang kerjasama.

Sebuah portal berita melaporkan mengenai dokumen rahsia yang dibocorkan oleh pemberi maklumat Amerika Syarikat, Edward Snowden, mendedahkan bahawa Singapura membantu kumpulan perisikan yang didakwa terbabit dalam aktiviti mengintip di Malaysia.