Sebuah klinik dan surau di Putrajaya dikenal pasti menjadi tempat menyebarkan ajaran sesat sekali gus dilihat sebagai cubaan segelintir pihak untuk membawa masuk fahaman songsang ke Putrajaya.
Berikutan itu, Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata, beliau sudah memaklumkan perkara itu kepada Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) supaya memantau perkara berkenaan.
“Saya mengenal pasti dua tempat ini (klinik dan surau) iaitu saki baki al-Arqam yang membawa ajaran ini di Putrajaya.
Kami memantau perkara ini dan saya juga sudah memaklumkannya kepada JAWI.
“Saya menasihati penduduk Putrajaya berhati-hati dan barangkali klinik berkenaan mengenakan caj yang murah menyebabkan pesakit memilih untuk ke sana,” katanya pada sidang media sempena Majlis Khatan Beramai-ramai Parlimen Putrajaya 2013 kelmarin
Beliau turut menasihatkan orang ramai berhati-hati dan tidak terpedaya dengan ajaran berkenaan yang boleh merosakkan akidah.
“Apa yang penting kita perlu memelihara akidah masing-masing dan ikut ajaran yang betul berpandukan al-Quran dan sunah,” katanya.

p/s: Penulis sudah kenal pasti klinik yang dimaksudkan oleh YB..jeng..jeng..jeng...tungguuuuu