Wednesday, June 15, 2011

Datuk Zaki bersama KJ akan sertai sukarelawan Flotila II

Misi Kemanusiaan....

Sepuluh sukarelawan Malaysia akan belayar ke Gaza akhir bulan ini menerusi misi kemanusiaan antarabangsa Freedom Flotila II bagi memecahkan kepungan haram rejim zionis Israel ke atas perairan Gaza. Mereka akan menyertai lebih 1000 sukarelawan daripada lebih 600 badan bukan kerajaan (NGO) dunia, yang akan belayar ke perairan Gaza dengan menaiki 13 kapal penumpang dengan tiga darinya adalah kapal kargo membawa pelbagai bantuan kemanusiaan berupa bekalan perubatan, peralatan sekolah dan bahan binaan seperti simen kepada 1.5juta rakyat Palestin. Kesemua 13 kapal ini dijangka bertemu di satu titik pertemuan di Laut Mediterranean pada 27@28 Jun depan sebelum belayar ke arah Gaza. Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia disertai oleh Khairy Jamaludin(KJ) dan Datuk Zaki.

Misi kemanusiaan kali ini menggunakan tema ‘Pertahankan Kemanusiaan’ bagi mengingati pembunuhan aktivis kemanusiaan pro-Palestine, Vittorio Arrigoni di Gaza beberapa bulan lalu, di mana kesemua sukarelawan akan belayar ke Gaza bersandarkan prinsip menolak sebarang bentuk keganasan.

Marilah kita sama-sama berdoa kepada Allah SWT semoga kesemua sukarelawan yang terlibat ini dilindungi..Semoga selamat pergi dan selamat pulang. Amin..

Tuesday, June 14, 2011

Wacana bersama PEMBANGKANG






Tahniah kepada Pemuda UMNO Putrajaya khususnya Ketua Pemuda UMNO Putrajaya Datuk Zaki yang juga merangkap Exco Pemuda UMNO Msia yang telah sudi datang dan turun padang bertemu masyarakat dan penyokong tegar pembangkang baru-baru ini di Hotel Citrus Jln Raja Laut(berdekatan dgn Pej PAS). Wacana yang diadakan ini adalah untuk membincangkan beberapa isu semasa. Wacana dijangka dihadiri oleh 300 peserta, hanya di hadiri oleh 35 orang peserta dan setengah darinya adalah peserta dari Pemuda UMNO Putrajaya.
Dr Zuhdi Marjuki memberi pujian kepada Ketua Pemuda UMNO Putrajaya dan Ketua Pemuda UMNO Malaysia kerana berani turun berhadapan dengan penyokong PAS. Panelis wacana terdiri dari Dr Zuhdi Marjuki mewakili PAS , Datuk Ahmad Zaki mewakili Pemuda Putrajaya dan Sdr Rafizi Ramli mewakili PKR. Majlis yang diadakan pada 12 jun ini bermula pada jam 9.30 pagi dan tamat jam 12.30 tengah hari. Tajuk yang di perbincangkan adalah: Kenaikan harga barang dan penyelarasan subsidi di manakah kewajarannya.

Persidangan Serentak Wanita Pemuda Puteri UMNO Bah.Rembau 2011





Perasmian Mesyuarat Pemuda UMNO Bah Kuala Krau 2011








Perasmian Serentak Persidangan Perwakilan Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO Bah.Putrajaya 2011









Perasmian Serentak Persidangan Perwakilan Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO Bah.Putrajaya 2011.

Pada 18 Mei 2011 baru-baru ini telah berlangsung Persidangan Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO Bah Putrajaya. Ketiga-tiga sayap ini telah bersetuju dengan memberi penghormatan kepada Sdr YB Khairy Jamaluddin(KJ) selaku Ketua Pemuda UMNO Msia untuk merasmikan persidangan ini.

Perasmian ini telah diadakan di Auditorium Perbadanan Putrajaya dengan dihadiri hampir 600 orang. Ini juga merupakan persidangan Pemuda yang terakhir buat Datuk Ahmad Zaki selaku Ketua Pemuda Putrajaya memandangkan beliau telah tamat usia dalam pemuda.

Alhamdulillah majlis berjalan dengan lancar sehingga selesai. Terima kasih kepada semua jemputan yang hadir dan tidak lupa juga kepada mereka-mereka yang telah menyumbangkan tenaga bagi menjayakan persidangan ini.

Tahniah Pemuda UMNO Putrajaya!!! (harap maaf, visual kurang memuaskan)