Misi Kemanusiaan....
Sepuluh sukarelawan Malaysia akan belayar ke Gaza akhir bulan ini menerusi misi kemanusiaan antarabangsa Freedom Flotila II bagi memecahkan kepungan haram rejim zionis Israel ke atas perairan Gaza. Mereka akan menyertai lebih 1000 sukarelawan daripada lebih 600 badan bukan kerajaan (NGO) dunia, yang akan belayar ke perairan Gaza dengan menaiki 13 kapal penumpang dengan tiga darinya adalah kapal kargo membawa pelbagai bantuan kemanusiaan berupa bekalan perubatan, peralatan sekolah dan bahan binaan seperti simen kepada 1.5juta rakyat Palestin. Kesemua 13 kapal ini dijangka bertemu di satu titik pertemuan di Laut Mediterranean pada 27@28 Jun depan sebelum belayar ke arah Gaza. Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia disertai oleh Khairy Jamaludin(KJ) dan Datuk Zaki.
Misi kemanusiaan kali ini menggunakan tema ‘Pertahankan Kemanusiaan’ bagi mengingati pembunuhan aktivis kemanusiaan pro-Palestine, Vittorio Arrigoni di Gaza beberapa bulan lalu, di mana kesemua sukarelawan akan belayar ke Gaza bersandarkan prinsip menolak sebarang bentuk keganasan.
Marilah kita sama-sama berdoa kepada Allah SWT semoga kesemua sukarelawan yang terlibat ini dilindungi..Semoga selamat pergi dan selamat pulang. Amin..