Saturday, August 22, 2009

Seminar Kecemerlangan & Motivasi UPSR 2009







Atas keprihatinan Pemuda UMNO Bahagian Putrajaya, Biro Pelajaran Pemuda UMNO Putrajaya telah menganjurkan Program Motivasi & Kecemerlangan UPSR pada 8&9hb Ogos 2009. Program ini telah diadakan di Auditorium Parcel E berhampiran dengan Kementerian Pengajian Tinggi, Parcel E, Putrajaya. Pengerusi Biro Pelajaran Pemuda UMNO Putrajaya, Sdr.Nazarul Hisham Sabardin telah berjaya memberi pendedahan serta semangat baru kepada adik-adik yang bakal menghadapi Peperiksaan UPSR bagi tahun 2009. Program ini juga turut menjemput beberapa orang anak yatim dari rumah kebajikan sekitar kawasan Bangi selain para pelajar dari sekolah-sekolah putrajaya.

Untuk memastikan program ini benar-benar mendapat sambutan dikalangan para pelajar dan ibubapa serta yang paling penting ialah pengisian, teknik-teknik menjawab soalan peperiksaan dan keberkesanan program ini terhadap para pelajar, Ketua Pemuda UMNO Bahagian Putrajaya, Y.Bhg Datuk Ahmad Zaki Zahid telah memanggil seorang pakar Motivasi yang terkenal iaitu Dr.Ismail Zin yang sememangnya amat terkenal dalam membantu masalah-masalah yang sering dialami oleh para pelajar terutama ketika menghadapi peperiksaan. Objektif utama program ini adalah untuk mempelajari strategi menjawab soalan peperiksaan dengan berkesan serta memberi motivasi kepada para pelajar dalam menghadapi peperiksaan.

Program yang berlangsung selama 2 hari ini sedikit sebanyak dapat membantu para pelajar terutamanya dikalangan anak-anak warga Putrajaya bagi memastikan pencapaian akademik mereka sentiasa berada pada tahap yang baik. Bukan sahaja di peringkat Pemuda UMNO Putrjaya, malahan atas keprihatinan ini juga Ahli Parlimen Putrajaya, YBM Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansur turut hadir bagi upacara penutupan majlis ini. Kesibukan beliau tidak menghalang beliau untuk hadir sebagai memberi sokongan kepada semua yang terlibat dalam program ini. Pihak Pemuda UMNO Putrajaya berasa amat bertuah diatas kesudian beliau hadir pada program ini. Setinggi penghargaan diucapkan kepada warga kerja yang terlibat.

Monday, August 17, 2009

Perasmian Mesyuarat Perwakilan Kota Melaka




Pada 08/08/2009 yang lalu, YBhg.Datuk Ahmad Zaki Zahid telah diberi penghormatan oleh Pergerakan Pemuda UMNO Kota Melaka apabila dijemput untuk merasmikan Mesyuarat Perwakilan Pergerakan Pemuda UMNO Kota Melaka. Rombongan yang diketuai sendiri oleh YBhg.Datuk telah bertolak dari Kelab Tasik Putrajaya pada jam 6.45 petang. Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Kota Melaka Sdr.Abd Razak yang juga merangkap Exco Pemuda UMNO Malaysia bersama ahli-ahlinya telah menyambut ketibaan rombongan YBhg. Datuk Ahmad Zaki Zahid bersama AJK-AJK Pemuda UMNO Putrajaya yang akhirnya tiba pada jam 8.30 malam.

Selain itu, pada mesyuarat ini juga Pergerakan Pemuda UMNO Kota Melaka turut mengadakan bantahan dengan sekeras-kerasnya dalam usaha untuk membawa Chin Peng ke Malaysia. Bantahan ini dilakukan dengan simbolik ahli-ahli UMNO bersama-sama menurunkan tandatangan pada kain rentang sebagai tanda protes pada bekas aktivis komunis ini. Inilah sedikit sebanyak yang dapat dikongsi bersama dan secara tidak langsung juga hubungan silaturahim di antara Pemuda UMNO Putrajaya dengan Pemuda UMNO Kota Melaka dapat dieratkan lagi dan menjadikan UMNO lebih terus kuat dan bersatu. (sila klik galeri untuk lain-lain gambar)


Friday, August 14, 2009

Debat Bersama PKR






Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Putrajaya Y.Bhg.Datuk Ahmad Zaki Zahid telah menghadiri majlis debat bersama Pemuda Keadilan Rakyat iaitu Sdr.Rozam Azim anjuran Fakulti Sains Politik Universiti Kebangsaan M’sia(UKM) Bangi baru-baru ini. Tajuk pendebatan ialah Politik Baru v.s Politik Lama Dalam Mencapai Misi 1 Msia. Pendebatan yang pada mulanya agak terkawal telah bertukar menjadi semakin panas apabila dalam sesi soal jawab bersama ahli panel. Ini kerana rata-rata penonton tidak berpuas hati dengan jawapan yang dilontarkan oleh wakil Pemuda Keadilan Rakyat tersebut. Mereka merasakan soalan-soalan mereka tidak dijawab dengan begitu bernas oleh Sdr.Rozam Azim membuatkan keadaan dewan agak sedikit panas. Walau bagaimanapun ini merupakan satu langkah yang bijak yang perlu dipandang positif oleh semua pihak seperti yang dianjurkan olh Fakulti Sains Politik UKM, Bangi. Ini sedikit sebanyak dapat memberi pengalaman dan pendedahan kepada mahasiswa dan mahasiswi mengenai suasana dalaman politik di Malaysia.

Y.Bhg Datuk Ahmad Zaki Zahid turut ditemani oleh isteri beliau Datin Shelina serta beberapa orang AJK Pemuda UMNO Putrjaya dan beberapa orang wakil Putera Putrajaya dalam memberi semangat kepada beliau untuk berdebat pada majlis tersebut.

Sunday, August 9, 2009

Kejohanan Terbuka Futsal Putera Putrajaya







Biro Putera Putrajaya mengadakan satu lagi aktiviti yang mendapat sambutan dikalangan para remaja baru-baru ini. Selepas Perasmian Putera Putrajaya, pada tarikh 26 Julai 2009 Biro Putera Putrajaya telah menganjurkan Kejohanan Terbuka Futsal Putera Putrajaya yang telah berlangsung di Kelab Komuniti Cyberjaya. Kejohanan ini hanya terbuka kepada para remaja yang berumur diantara 17 tahun – 25 tahun. Sambutan yang diterima amat memberansangkan sehingga para penganjur terpaksa menolak penyertaan beberapa pasukan atas faktor masa yang diperuntukan bagi kejohanan ini. Akhirnya sebanyak 36 pasukan telah menyertai kejohanan ini. Kebanyakkan pasukan terdiri daripada para remaja dari Putrajaya dan selebihnya merupakan kawasan-kawasan sekitar Putrajaya seperti Cyberjaya dan Bangi. Dengan berlangsungnya kejohanan ini, Biro Putera Putrajaya telah memberi peluang kepada ahli-ahlinya untuk berniaga secara kecil-kecilan bagi menambah pendapatan ahli-ahli Putera Putrajaya.

Kejohanan ini menawarkan hadiah wang tunai kepada para pemenang dari Johan hinggalah tempat keempat. Kejohanan ini juga telah mendapat sumbangan serta bantuan 100% daripada Ketua Pemuda UMNO Putrajaya YBhg. Datuk Ahmad Zaki Zahid yang juga merangkap Exco Pemuda UMNO M’sia. Atas penghargaan ini, Biro Putera Putrajaya telah berbesar hati untuk menjemput beliau bagi merasmikan kejohanan ini pada jam 10.00 pagi. Selain aktiviti futsal, pihak penganjur juga telah memberi ruang kepada para remaja yang hadir untuk melakukan aktiviti yang menjadi kegilaan para remaja pada masa kini iaitu untuk menunjukkan bakat dalam tarian “shuffle” dan “tectonic”. Lebih meriah lagi pada kejohanan ini, Pengerusi Biro Putera Putrajaya, Sdr. Zach dan Sdr. Apex telah menjadi DJ untuk menghangatkan suasana pada kejohanan tersebut. Tahniah kepada pasukan P.Eleven FC yang telah muncul Johan pada kejohanan ini. Naib Johan pula ialah pasukan BOLOS Ori FC, tempat ketiga-pasukan Crown Hill FC dan tempat keempat pula ialah pasukan Geng Bas Sekolah FC. Hadiah para pemenang telah disampaikan oleh Bendahari Pemuda UMNO Putrajaya iaitu Sdr. Ahmad Zubir Zahid. Sekalung penghargaan juga diucapkan kepada Krew-Krew Putera Putrajaya seperti Bob K, Uda, Lan Macha, Farol, Panjang, Wary, Bob Burger, Haris, Epul Black, Kikok serta beberapa sukarelawan lagi yang telah menjayakan program ini. Tahniah!!!(Gambar-gambar lain sila lihat pada galeri dan masih dalam p'prosesan)