Monday, August 17, 2009

Perasmian Mesyuarat Perwakilan Kota Melaka




Pada 08/08/2009 yang lalu, YBhg.Datuk Ahmad Zaki Zahid telah diberi penghormatan oleh Pergerakan Pemuda UMNO Kota Melaka apabila dijemput untuk merasmikan Mesyuarat Perwakilan Pergerakan Pemuda UMNO Kota Melaka. Rombongan yang diketuai sendiri oleh YBhg.Datuk telah bertolak dari Kelab Tasik Putrajaya pada jam 6.45 petang. Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Kota Melaka Sdr.Abd Razak yang juga merangkap Exco Pemuda UMNO Malaysia bersama ahli-ahlinya telah menyambut ketibaan rombongan YBhg. Datuk Ahmad Zaki Zahid bersama AJK-AJK Pemuda UMNO Putrajaya yang akhirnya tiba pada jam 8.30 malam.

Selain itu, pada mesyuarat ini juga Pergerakan Pemuda UMNO Kota Melaka turut mengadakan bantahan dengan sekeras-kerasnya dalam usaha untuk membawa Chin Peng ke Malaysia. Bantahan ini dilakukan dengan simbolik ahli-ahli UMNO bersama-sama menurunkan tandatangan pada kain rentang sebagai tanda protes pada bekas aktivis komunis ini. Inilah sedikit sebanyak yang dapat dikongsi bersama dan secara tidak langsung juga hubungan silaturahim di antara Pemuda UMNO Putrajaya dengan Pemuda UMNO Kota Melaka dapat dieratkan lagi dan menjadikan UMNO lebih terus kuat dan bersatu. (sila klik galeri untuk lain-lain gambar)