Sunday, August 9, 2009

Kejohanan Terbuka Futsal Putera Putrajaya







Biro Putera Putrajaya mengadakan satu lagi aktiviti yang mendapat sambutan dikalangan para remaja baru-baru ini. Selepas Perasmian Putera Putrajaya, pada tarikh 26 Julai 2009 Biro Putera Putrajaya telah menganjurkan Kejohanan Terbuka Futsal Putera Putrajaya yang telah berlangsung di Kelab Komuniti Cyberjaya. Kejohanan ini hanya terbuka kepada para remaja yang berumur diantara 17 tahun – 25 tahun. Sambutan yang diterima amat memberansangkan sehingga para penganjur terpaksa menolak penyertaan beberapa pasukan atas faktor masa yang diperuntukan bagi kejohanan ini. Akhirnya sebanyak 36 pasukan telah menyertai kejohanan ini. Kebanyakkan pasukan terdiri daripada para remaja dari Putrajaya dan selebihnya merupakan kawasan-kawasan sekitar Putrajaya seperti Cyberjaya dan Bangi. Dengan berlangsungnya kejohanan ini, Biro Putera Putrajaya telah memberi peluang kepada ahli-ahlinya untuk berniaga secara kecil-kecilan bagi menambah pendapatan ahli-ahli Putera Putrajaya.

Kejohanan ini menawarkan hadiah wang tunai kepada para pemenang dari Johan hinggalah tempat keempat. Kejohanan ini juga telah mendapat sumbangan serta bantuan 100% daripada Ketua Pemuda UMNO Putrajaya YBhg. Datuk Ahmad Zaki Zahid yang juga merangkap Exco Pemuda UMNO M’sia. Atas penghargaan ini, Biro Putera Putrajaya telah berbesar hati untuk menjemput beliau bagi merasmikan kejohanan ini pada jam 10.00 pagi. Selain aktiviti futsal, pihak penganjur juga telah memberi ruang kepada para remaja yang hadir untuk melakukan aktiviti yang menjadi kegilaan para remaja pada masa kini iaitu untuk menunjukkan bakat dalam tarian “shuffle” dan “tectonic”. Lebih meriah lagi pada kejohanan ini, Pengerusi Biro Putera Putrajaya, Sdr. Zach dan Sdr. Apex telah menjadi DJ untuk menghangatkan suasana pada kejohanan tersebut. Tahniah kepada pasukan P.Eleven FC yang telah muncul Johan pada kejohanan ini. Naib Johan pula ialah pasukan BOLOS Ori FC, tempat ketiga-pasukan Crown Hill FC dan tempat keempat pula ialah pasukan Geng Bas Sekolah FC. Hadiah para pemenang telah disampaikan oleh Bendahari Pemuda UMNO Putrajaya iaitu Sdr. Ahmad Zubir Zahid. Sekalung penghargaan juga diucapkan kepada Krew-Krew Putera Putrajaya seperti Bob K, Uda, Lan Macha, Farol, Panjang, Wary, Bob Burger, Haris, Epul Black, Kikok serta beberapa sukarelawan lagi yang telah menjayakan program ini. Tahniah!!!(Gambar-gambar lain sila lihat pada galeri dan masih dalam p'prosesan)