Thursday, March 28, 2013

VIDEO SEBENAR ISU MEMALI: Pengakuan sendiri oleh bapa kepada Ust.Ibrahim Libya

Khas untuk generasi muda, sila tonton video pendek ini.  Ramai generasi muda hari ni mungkin ada yang tidak faham dan mengetahui kisah sebenar Isu Memali yang berlaku pada tahun sekitar 80an dan mungkin juga anda semua masih baru belajar merangkak mahupun belum lahir ke dunia fana ini ketika insiden ini berlaku.

Walaubagaimanapun, dengan sumber² yang ada, penulis cuba memaparkan edisi-1 video Memali ini untuk anda semua nilai sendiri dan lihat dengan teliti.



Kita jangan tertipu lagi oleh pihak pembangkang yang mengatakan kononnya Isu Memali ini menunjukkan kezaliman pihak badan beruniform dan juga pihak kerajaan pada ketika itu khususnya.

Kalau dilihat edisi-1 ini, ternyata amanat Haji Hadi ini seperti "mencurah minyak di api".  Ia telah berjaya mengapi-apikan penduduk di sini supaya memberontak dan membenci kerajaan.  Dan yang paling penting di sini, cuba fahami sendiri pengakuan oleh bapa kepada Ustaz Ibrahim Libya.

Selain itu, kalau dilihat dengan teliti video ini siapa yang menyerang dulu?  Ternyata penduduk kampung yang mula-mula sekali menyerang anggota beruniform dengan menggunakan senjata seperti parang, kapak dan senjata tajam tatkala mereka berehat atau mengawasi keadaan. 

Ada juga penduduk kampung yang merasakan dirinya 'kebal' dan langsung tidak berganjak walaupun telah diberi amaran berkali-kali.  

Dan paling menyedihkan ialah, PAS juga telah menggunakan kaum wanita sebagai benteng utama di Madrasah Ibrahim Libya ini.

Cerita selanjutnya, tunggu edisi seterusnya yang akan penulis kongsi bersama. 

sila klik link dibawah:

http://library.perdana.org.my/Digital_Content/PLF/WHITE-PAPERS/1006335.pdf