Sunday, November 7, 2010

Hari Mengundi Pililhanraya Kecil Parlimen Batu Sapi




















Batu Sapi mempunyai 25,582 orang pengundi, di mana 15,099 atau 59.02 peratus adalah Muslim Bumiputera, 689 atau 2.69 peratus adalah Bumiputera bukan Muslim, 9,737 atau 38.06 peratus ialah pengundi Cina dan 57 atau 0.22 daripada pengundi kaum lain. Pilihan raya kecil itu menyaksikan pertandingan tiga penjuru, Datin LindaTsen Thau Lin daripada Barisan Nasional (BN) akan ditentang oleh calon Parti Maju Sabah Datuk Yong Teck Lee dan calon Parti keadilan Rakyat (PKR) Ansari Abdullah.

Alhamdulillah,keputusan rasmi PRK Parlimen Batu Sapi telah pun diumumkan dan terbukti bahawa calon daripada Barisan National(BN) Datin Linda Tsen Thau Lin telah memenangi kerusi Batu Sapi dengan memperoleh undi sebanyak 9,773 seterusnya mempertahankan kerusi mendiang suami beliau dengan majoriti 6,359. Calon PKR, Ansari Abdullah mendapat undi sebanyak 3,414 manakala calon SAPP-Datuk Yong Teck Lee pula mendapat undi sebanyak 2,031.

Penulis sempat menemubual KP Putrajaya, Datuk Zaki merangkap exco Pemuda UMNO Msia, yang merupakan exco angkat bagi kawasan Batu Sapi.

“Kemenangan ini merupakan tanda keyakinan rakyat terhadap hala tuju yang hendak dibawa oleh kerajaan BN. Mereka telah meletakkan kepercayaan dan keyakinan kepada BN bagi membawa kemajuan dan meningkatkan kesejahteraan penduduk di Batu Sapi ini khususnya. Kemenangan ini satu petanda baru bahawa proses pemulihan BN mencapai tahap yang begitu bermakna. Kita tidak akan anggap proses ini sudah berakhir. Proses ini sebagai satu perjalanan bagi memberi keyakinan yang BN mempunyai landasan yang betul bagi mengorak langkah yang lebih positif lagi. Dengan membuat perubahan secara berterusan BN akan menjadi parti yang mendapat sokongan yang begitu kukuh dan padu. Segala usaha-usaha pembangunan yang telah diperkenalkan seperti Program Transformasi Kerajaan (GTP), Program TransformasiEkonomi (ETP), Model Baru Ekonomi, Rancangan Malaysia Kesepuluh dan misi Gagasan 1Malaysia yang telah dibawa oleh PM nampaknya diterima oleh rakyat” katanya lagi.