Tuesday, December 31, 2013

Bila @KDNPUTRAJAYA mahu bertindak? @Zahid_Hamidi @afk910 @Khairykj @nasrusyazwan @putrajaya_13


Lagi Memo Bantahan Dibuat!! Kali ini Pergerakkan Pemuda UMNO Putrajaya yang diketuai oleh Ketua Pemuda Ahmad Faisal Abdul Karim @ Tom diiringi Ketua Pemuda UMNO WP, Mohd Razlan bersama-sama 15 NGO Putrajaya telah menghantar memorandum kepada Kementerian Dalam Negeri (KDN) pagi tadi bagi menyatakan bantahan terhadap NGO Propembangkang yang cuba mencetuskan huru hara di Dataran Merdeka bersempena sambutan Tahun Baru pada hari Selasa ini. 


Mereka juga mendesak agar pihak KDN dan pihak PDRM mengambil tindakan tegas secepat mungkin kepada 'dalang2' yang terbabit dalam perhimpunan HARAM ini. Telah hampir seribu lebih laporan polis telah dibuat oleh pelbagai pihak tentang isu ini tetapi malangnya pihak berkuasa masih belum bertindak. Memorandum ini telah diserahkan kepada Pegawai Khas Menteri KDN, Sdr.Ghadafi. Kami rakyat Msia cintakan keamanan.