|
KP Tom bersama NKP dan pegawai Pemuda UMNO bersemuka dgn Tan Sri Aseh
Baru-baru ini Putrajaya dihangatkan lagi tentang isu HardRockCafe (HRC) yang bakal dibuka Putrajaya. Pelbagai pihak sama ada dari dalam atau luar Putrajaya kebanyakkannya marah sekiranya perkara ini berlaku. Justeru itu, untuk mendapat penjelasan yang sewajarnya pihak Pemuda UMNO Putrajaya telah berjumpa dan bersemuka dengan Presiden Perbadanan Putrrajaya, Tan Sri Dato Sri(Dr) Aseh Hj.Che Mat di pejabat beliau.
|
Alhamdulillah, hari ini satu memorandum telah dihantar oleh Pergerakkan Pemuda UMNO Bah.Putrajaya diketuai oleh Ketua Pemuda Sdr.Ahmad Faisal @ Tom bersama pemuda-pemuda dan Majlis Belia Putrajaya. Memorandum bantahan ini dibuat ekoran kedengaran berita bahawa Perbadanan Putrajaya akan membenarkan HRC dibuka di Putrajaya. Lantaran peka dengan sensitiviti majoriti orang2 Islam Melayu di Putrajaya khususnya, Pemuda UMNO Putrajaya tampil mengemukakan memorandum bantahan terus kepada Presiden Perbadanan Putrajaya, Tan Sri Dato’Sri(Dr.)Aseh b Hj Che Mat.
Setelah mendapat penjelasan drpd beliau, maka barulah jelas bahawa sebenarnya tiada permohonan yang diterima oleh pihak Perbadanan dan ia hanyalah baru diperingkat idea. Dan Tan Sri sendiri telah mengatakan pendirian beliau bahawa beliau tidak akan membenarkan HRC ini dibuka di Putrajaya kerana ia melibatkan minuman keras dan apa sahaja yang blh mjurus kearah keruntuhan akhlak.
Pergerakkan Pemuda UMNO Putrajaya mengucapkan jutaan terima kasih kepada Tan Sri Aseh atas penerimaan kunjungan serta layanan baik beliau dan para pegawai beliau sebentar tadi.