Friday, January 10, 2014

KECOH: Esok harga petrol NAIK??? @ahmadmaslan @putrajaya_13 @afk910 @amirjpm


Lagi fitnah terbaru pembangkang untuk menjatuhkan kerajaan.  Isu minyak pula yang mereka mainkan.   Mungkin juga ini adalah strategi mereka untuk mengalih perhatian tentang beberapa isu hanyat yang cuba dipolitikkan oleh mereka seperti isu Kalimah Allah dan rampasan bible baru-baru ini.

Tetapi itulah kerja pembangkang.  Mereka akan cuba untuk 'create' persepsi buruk terhadap kerajaan.  Setiap minggu ada saja persepsi buruk yang akan mereka cuba mainkan di media sosial.  

Persoalannya, adakah kita ini menerima sesuatu berita atau isu itu dengan mudah tanpa usul periksa atau kita mahu menjadi golongan pembaca yang bijak iaitu dengan tidak mudah melatah atau mempercayainya selagi belum ada kesahihan atau bukti..?????  Tepuk dada, tanya selera....

p/s:  Harga petrol tak naik, yang naik ialah darah aku sebab cepat sangat rakyat percaya dan mudahnya kena tipu dengan pembangkang...