Thursday, May 7, 2009

Masyarakat perlu prihatin untuk membenteraskan gejala ragut


JOHOR BAHARU 5 Mei — Seorang wanita yang mengandung dua bulan meninggal dunia hari ini selepas koma akibat diragut ketika menunggang motosikal di Taman Ayer Hitam, dekat Batu Pahat, Ahad lepas. Jamilah Selamat, seorang jurujual di kedai kraftangan di pekan Ayer Hitam, meninggal dunia di Hospital Sultanah Aminah (HSA), di sini pada kira-kira pukul 7.35 pagi. Jamilah yang akan menyambut hari jadi ke-32, Isnin ini koma apabila terjatuh dari motosikal yang ditunggangnya setelah diragut dua lelaki yang menaiki motosikal. Suaminya, Razali Ahmad, 41, berkata kejadian berlaku pada kira-kira pukul 7.30 malam ketika Jamilah yang menunggang bersendirian motosikal Honda EX5, dalam perjalanan pulang ke rumah mereka di Taman Mekar, kira-kira 70 meter dari tempat kejadian. “Arwah terjatuh dan terhentak di kepala kerana motosikalnya gagal dikawal. Sebelum itu, arwah yang selesai bekerja sempat ke pasar malam untuk membeli barangan keperluan dapur,” katanya. - Bernama

Nota : Alfatehah kepada Aruah semoga belaiu ditempatkan bersama orang-orang yang soleh - Tujuan penulis menghatar petikan dari Bernama ini adalah mahu menyeru kepada orang ramai seandainya pada bila-bila masa juga berlaku peristiwa sebegini di hadapan kita, berikan lah pertolongan. Kebelakangan ini terlalu ramai peragut dan tiga hari yang lalu penulis juga mengalami peristiwa yang sama apabila seorang rakan penulis diragut oleh dua orang yang bermotor. Pada ketika itu penulis sedang minum disebuah restoran mamak , tiba-tiba penulis nampak sebuah motor merentap bag tangan kawan penulis. Penunggang motior berkenaan menarik beg tangan sementara pembonceng menyepak sehingga terjatuh terhentak ke batu dijalan raya. Penulis melompat dan cuba mengejar mereka , tapi malangnya tidak sempat kerana mereka memecut motor dengan laju .

Sebenarnya di hadapan dan berhampiran dengan rakan penulis ketika kejadian itu ada beberapa laki-laki yang hanya melihat saja kejadian berkenaan. Apa bila laporan polis dibuat, menurut polis berkenaan , kejadian ini adalah standard , hampir hari-hari berlaku di tempat itu. Jika ini benar apa yang di katakan oleh angota polis berkenaan , mengapa tida ada tindakan dan operasi besar-besaran dilakukan disana. Pihak polis perlu membenteraskan perkara ini dengan segera kerana ini adalah satu penginayaan kepada kaum wanita yang lemah dan tidak bersalah. Apa pendapat anda untuk membenteraskan gejala ragut ini.