Tuesday, January 18, 2011

Ride For Gaza















Ride For Gaza

Baru-baru ini pada 16hb Januari 2011, Aman Msia@Peace Msia yang dipengerusikan oleh Datuk Ahmad Zaki Zahid telah menganjurkan satu program amal “Ride For Gaza”.

Kayuhan sejauh 17 km itu bermula di perkarangan Kompleks Perbadanan Putrajaya di Presint 3. Acara Kayuhan Gaza merupakan acara berbasikal amal anjuran Aman Msia dengan Perbadanan Putrajaya sebagai hos venue dan Acarakita Sdn.Bhd sebagai penyelaras acara.

Sebanyak hampir 800 orang peserta yang menyertai acara ini termasuklah bekas pelumba kebangsaan seperti M.Kumaresan, Nor Effandy Rosli, Tsen Seong Hoong, Shahrulneeza Razali, Musairi Musa dan Mahazir Hammad.

Selain itu ianya juga turut disertai oleh penuntut universiti, pelajar sekolah, pelumba amatur dari pelbagai kelab, pertubuhan bukan kerajaan dan penduduk sekitar.

Pengerusi Aman Msia, Datuk Ahmad Zaki berkata selain mengumpul dana bagi bantuan kemanusiaan di Gaza, kayuhan itu juga bertujuan terus meningkatkan kesedaran mengenai kesengsaraan rakyat Palestin yang ditindas di Gaza. Ini merupakan satu niat yang murni, untuk bantuan kemanusiaan rakyat dan kanak-kanak di Palestin selain menjadikan sukan berbasikal sebagai aktiviti gaya hidup sihat,” kata beliau.

Selain beramal, pihak Aman Msia juga turut mengadakan cabutan bertuah kepada para peserta dan hadiah-hadiah cukup menarik seperti 2 tiket penerbangan pergi dan balik yang disumbangkan oleh AirAsia X dan tiket-tiket ke Taman Tema Genting sumbangan Genting Msia Bhd.