Saturday, August 10, 2013

Mantan PM "Pak Lah" buat hal? Benarkah? Sila perjelaskan segera!! #paklah @Khairykj @NajibRazak @putrajaya_13 @tunfaisal @razlanrafii


Penulis terkejut baru-baru ini mendapat laporan dari seorang teman tentang isu “Pak Lah” (mantan PM) telah menjemput anak kepada pengkhianat negara, Anwar Ibrahim iaitu Nurul Izzah untuk melancarkan buku beliau di Singapura pada akhir Ogos ini.



Laporan ini turut dikeluarkan oleh www.thestar.com baru-baru ini. (sila rujuk gambar).  Penulis dan pastinya ahli-ahli UMNO yang lain serta penyokong BN mahukan kepastian dan jawapan daripada Pak Lah tentang isu ini.
Sekiranya benar, apakah motif dan alasan beliau?  Kenapa pula Nurul Izzah? Ramai lagi YB dari kalangan Barisan Nasional (BN) yang sudi untuk melancarkan buku beliau rasanya..


Oleh itu mohon supaya diperjelaskan isu ini dengan SEGERA sebelum ramai lagi blogger/pejuang alam maya yang lain turut menghentam Pak Lah.  Mohon kerjasama Pak Lah kerana kami menghormati kesemua mantan PM Negara Msia termasuk beliau.

p/s:  Kalau dah tak ada orang nak rasmi sangat, penulis pun boleh hahaha