Friday, April 30, 2010

Barisan Nasional(BN) tawan semula Parlimen Hulu Selangor





Barisan Nasional (BN) Tawan Semula Parlimen Hulu Sgor.

Alhamdulillah, akhirnya BN berjaya menawan kembali kerusi Parlimen P.94-Hulu Selangor. Calon BN P.Kamalanathan menang bergaya mengalahkan calon PKR Zaid Ibrahim.

P.Kamalanathan memperoleh undi sebanyak 24,997 manakala Zaid Ibrahim 23,272 dan undi rosak sebanyak 731. Dengan majoriti sebanyak 1725 undi, ini merupakan satu peralihan yang sangat besar ertinya apatah lagi terpaksa bertanding di sebuah negeri yang dikuasai parti pembangkang. Jumlah ini sebenarnya hampir sembilan kali ganda lebih besar daripada majority 198 undi yang diperoleh Parti Keadilan Rakyat(PKR) dalam pilhan raya umum yang lalu. Kemenangan ini juga secara automatic menuntut BN supaya bekerja bersunguh-sungguh demi memenuhi amanat yang diberikan oleh rakyat. Majoriti yang diterima BN kali ini bolehlah disimpulkan sebagai satu petanda bahawa BN sudah kembali dalam masyarakat.