Wednesday, May 28, 2014

Komen kontroversi daripada Dyana #PRKTelukIntan @tunfaisal @putrajaya_13




Universiti Teknologi Mara (UiTM) perlu kekal sebagai satu-satunya institusi Melayu, kata Pro Canselor Tan Sri Dr Abdul Rahman Arshad.

Tan Sri Dr Rahman mengulas gesaan calon DAP dalam pilihan raya kecil Parlimen Teluk Intan Dyana Sofya Mohd Daud agar peluang samarata diberikan kepada semua untuk memasuki institusi pengajian tinggi awam di negara ini.

Justeru itu, Tan Sri Dr Rahman berhujah bahawa UiTM ditubuhkan berdasarkan peruntukan Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan Malaysia dan seterusnya menekankan bahawa hak atau keistimewaan Bumiputera tidak harus dipersoalkan.

Jelas sekali, ini merupakan taktik DAP untuk meraih sokongan pengundi Cina yang kini berada di persimpangan jalan sama ada menyokong DAP atau Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya kecil itu. Bagaimanapun, strategi kempen yang menyentuh isu sensitif bakal mengundang risiko kerana kemungkinan ia akan merubah senario kepada persaingan Melayu lawan Cina atau bukan Melayu.

Sebelum ini, Dyana Sofya telah membuat kenyataan mengenai Hudud -- Undang-Undang Syariah Islam. Dalam kenyataan itu, yang Malaysiakini muatkan di Youtube, Dyana Sofya menunjukkan dia menentang Hudud kerana itulah pendirian parti yang diwakilinya.

Hari ini Dyana Sofya enggan mengulas mengenai perkara itu mungkin kerana menyedari komennya sebelum ini tidak memberi impak yang diharapkan.

Pilihan raya atau pilihan raya kecil merupakan platform dan peluang untuk calon-calon untuk menerangkan dasar dan ideologi parti mereka kepada pengundi. Disinilah mereka memperjelaskan kepada pengundi tentang pendirian parti. Mereka tidak sepatutnya memberitahu kepada pengundi "tidak mahu memberi komen" apabila ditanya tentang sesuatu perkara kerana ia bermakna mereka tidak bersifat terbuka dan menyembunyikan sesuatu perkara dari pengetahuan pengundi.

Jika DAP tidak bersetuju dengan peruntukan Perkara 153 dan UiTM sebagai sebuah institusi Melayu, dan menentang usaha PAS menggunapakai undang-undang Islam, maka ini perlu dinyatakan dengan jelas supaya pengundi akan tahu pendirian parti yang mereka undi.

Adalah tidak jujur bagi parti untuk meminta sokongan daripada pengundi tetapi enggan menyatakan pendirian sebenar mengenai isu-isu yang sensitif seperti Perkara 153, UiTM dan Hudud.