Monday, May 19, 2014

Penamaan Calon #PRKTelukIntan, beri sokongan moral kepada calon BN @PPUMOnline



Kerajaan terpaksa menghadapi satu lagi Pilihan Raya Kecil (PRK) ParlimenTeluk Intan, selepas selesai PRK Kajang tempoh hari.  Kini, menyaksikan pertandingan satu lawan satu antara calon Barisan Nasional (BN) dan DAP.

BN diwakili Presiden GERAKAN, Datuk Mah Siew Keong manakala DAP diwakili bekas setiausaha politik kepada Ahli Parlimen Gelang Patah, Lim Kit Siang, Dyana Sofya Mohd Daud. 



Berlangsung di pusat penamaan calon Dewan Semarak Kasih, Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Perak pagi tadi.

Kerusi Teluk Intan kosong berikutan kematian penyandangnya, Seah Leong Peng, 48, akibat kanser pada 1 Mei lalu.

Pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) tahun lalu, Seah menewaskan calon Barisan Nasional, Datuk Mah Siew Keong dan calon Bebas, Moralingam Kannan dengan majoriti 7,313 undi.