Gilo apo montori den ni?? Apalah nasib pengguna
dan peminat ayam hari ini apabila Pak Menteri KPDNKK, Hassan Malek yang membuat
satu kenyataan mudah berbunyi “ harga ayam naik, jangan makan ayam. Makanlah ikan pula” Kenyataan mudah tapi nampak “bodoh” dan
seolah-olah cuba melepaskan tengkuk sendiri je.
Di sesetengah tempat ia mencecah sehingga
RM9.00 sekilo. Di
Pasar Jalan Chow Kit dan Pasar Borong Selayang, rata-rata peniaga menjual ayam
segar pada harga RM8 sekilogram.
Tambah mengejutkan, sesetengah peniaga ayam di Pasar Gombak telah menjual ayam
segar pada harga RM9 sekilogram.Menurut sumber MyNewsHub harga ayam segar di Pasar Besar Ipoh Perak mencecah RM7.50 sekilogram manakala di Pasar Borong Pandan Johor purata adalah RM7.80 sekilogram.
Orang Kuala Pilah di mana Hassan Malek menjadi Ahli Parlimen tentunya menjerit membaca berita ini.
Nampaknya senang sangat kerja menteri di Malaysia, bila ayam naik disuruhnya makan menu lain walaupun sepatutnya tugas beliau beliau mencari jalan menstabilkan harga ayam di pasaran. Berbagai cara boleh dilakukan seperti menemui pengeluar atau penternak, menambah bekalan melalui pengimportan, melakukan tindakan penguatkuasaan dan seumpamanya. Tetapi semua itu tidak dilakukan, yang disuruhnya rakyat tukar menu makanan. Baik Den jo jadi montori!
Lagi pula tindakan beliau memberi pilihan supaya makan ikan atau daging itu juga tidak logik sama-sekali kerana harga ikan sebenarnya lebih mahal daripada ayam. Ikan yang paling biasa menjadi menu rakyat Malaysia iaitu ikan kembung saja sudah berharga RM12.00 hingga RM15.00 sekilo. Belum lagi dikira ikan lain seperti ikan siakap, bawal atau tenggiri yang menjadi santapan orang-orang yang lebih berada.
Apa pun, penulis berharap agar Menteri
yang dipertanggungjawabkan ini silalah memikirkan suatu kaedah yang terbaik.
Okey, wariiiis!