Sunday, July 28, 2013

@razlanrafii bagi amaran - Persatuan Cina sila diam, ikut sahaja!! @NajibRazak @MuhyiddinYassin



Apabila kerajaan nak melaksanakan sesuatu terhadap sekolah cina, pastinya mereka akan membantah.

Hari ini persatuan-persatuan sekolah Cina membantah penambahan waktu Bahasa Melayu (BM) yang ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) daripada 80 minit kepada 270 minit.
Orang Cina jangan BIMBANG dan tak perlu RISAU kerana penambahan waktu pembelajaran Bahasa Melayu ini sudah pastinya untuk memperkasa Bahasa Kebangsaan tanpa menjejaskan bahasa Cina.Jelas menunjukkan murid Sekolah Jenis Kebangsaan Cina sendiri pun gagal untuk menguasai Bahasa Kebangsaan dengan baik sebelum ini. Ada di antara murid-murid sekolah Cina pula, lepas je sekolah rendah, terus masuk sekolah swasta, ada di antara mereka tak faham langsung Bahasa Kebangsaan pun.

Oleh itu, saya nasihatkan kepada persatuan-persatuan ini supaya terima sahaja Keputusan kementerian demi untuk memperkasakan bahasa kebangsaan.

Tambahan, saya syorkan kepada pihak Kerajaan agar melaksanakan kaedah temuduga kepada setiap rakyat Malaysia yang mahu mendapatkan Mykad baru (pada usia 12 tahun). Ini untuk memastikan semua rakyat Malaysia boleh bertutur dalam bahasa Kebangsaan.

Mohd Razlan Muhammad Rafii
Ketua Pemuda UMNO Seputeh
merangkap Pengerusi Unit Media Baru Wilayah Persekutuan