Friday, February 28, 2014

Peluang tetap ada bagi Calon BN di #PRKKajang @PPUMOnline @razlanrafii @PMOMalaysia @Huan2U @nohomar



Calon Barisan Nasional (BN) Datin Paduka Chew Mei Fun mempunyai kemampuan dan berpeluang cerah untuk menang pada Pilihan Raya Kecil (PKR) Dewan Undangan Negeri (Dun) Kajang pada 23 Mac ini.

Setiausaha Agung BN Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata Mei Fun yang juga naib presiden MCA mempunyai pengalaman menjadi wakil rakyat kerana pernah menjadi anggota Parlimen Petaling Jaya Utara selama dua penggal mulai 1999 hingga 2008.

"Mei Fun merupakan calon terbaik BN dalam memastikan kemenangan BN dalam PRK Kajang kerana DUN Kajang merupakan kawasan yang pernah dimenangi BN beberapa kali menerusi calon MCA pada pilihan raya yang lepas sebelum pembangkang memerintah negeri Selangor," katanya.
Kerusi Dun Kajang kosong selepas wakil rakyatnya Lee Chin Cheh dari PKR meletak jawatan pada 27 Januari lepas untuk memberi laluan kepada Ketua Umum parti itu Datuk Seri Anwar Ibrahim bertanding.

Dalam pada itu, Tengku Adnan berkata pembangkang secara sengaja menggunakan pihak berkuasa tempatan untuk menurunkan poster-poster berkaitan BN di sekitar Kajang.

"BN tidak melakukan perkara itu (menurunkan poster parti lawan) apabila memerintah sesebuah negeri..tak mengapa itu cara pembangkang, apa yang penting semua parti komponen BN harus bekerja keras dalam PRK DUN Kajang dalam memastikan kemenangan BN kelak," katanya.