Monday, April 19, 2010

Pentas Pemuda-PRK Hulu Selangor



Bertempat di padang bangunan UMNO lama di Kuala Kubu Bharu telah diadakan Pentas Pemuda dimana tujuannya adalah untuk memberi informasi serta penerangan kepada orang ramai dan pengundi khususnya tentang penyelewengan dan penipuan yang telah dilakukan oleh Pakatan Rakyat yang diketuai oleh Pelakon & Pengarah Terbaik sepanjang zaman iaitu DSAI..

Walaupun hujan renyai turun pada malam itu, namun sedikit pun tidak menjejaskan semangat BN yang diketuai oleh Datuk Ahmad Zaki Zahid serta beberapa lagi Exco Pemuda UMNO yang lain serta orang ramai khususnya untuk mengetahui ape cerita sebenar yang telah diarahkan oleh DSAI dan dilakonkan bersama juak2 beliau.

Alhamdulillah, pada malam itu juga speaker2 yang hadir dapat membuktikan pada orang ramai dan pengundi khususnya tembelang sebenar Pakatan Rakyat ini. Ini kerana, Ketua Pemuda MIC Sdr.T.Mohan bersama mantan Timbalan Menteri Pulau Pinang iaitu Sdr.Fairuz Khairudin dan Sdr.Sivandoraisamy atau Cikgu Siva bekas ahli PKR Hulu Selangor masing2 menceritakan pengalaman serta pembohongan Pakatan Rakyat ini. Jelaslah dengan penerangan mereka ini ianya dapat mengukuhkan lagi bukti bahawa Pakatan Rakyat ini hanyalah rektorik semata-mata untuk mengaburi pandangan rakyat demi menjayakan rancangan terkutuk DSAI bersama juak2nya.

Sunday, April 18, 2010

Coretan sekitar Mesyuarat Penyelarasan-Command Center




Bertempat di Command Center, Bukit Beruntung satu mesyuarat penyelarasan jentera Barisan Nasional(BN) telah diadakan lebih kurang pada jam 4.00 petang. Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh Timbalan Perdana Menteri(TPM). Ianya juga turut dihadiri oleh menteri2 dan timbalan2 menteri, ahli Majlis Tertinggi, Exco2 Pemuda UMNO Msia. Walaupun suasana hujan lebat turun pada petang itu, namun segala yang dirancang berjalan lancar. Ini merupakan titik permulaan selepas berakhirnya penamaan calon pada pagi ini.

Kelihatan Datuk Ahmad Zaki beramah mesra dengan ahli-ahli MT dan beberapa rakan-rakan yang lain pada majlis ini. Turut mendapat tumpuan ialah pengantin baru Datuk Bung Mokhtar bersama isteri beliau serta Tan Sri Isa Samad yang hadir pada majlis ini.

Friday, April 16, 2010

Persiapan Awal di Hulu Selangor


Bagi memantapkan lagi jentera pilihanraya kecil di Hulu Selangor, Datuk Ahmad Zaki, Ketua Pemuda UMNO Putrajaya merangkap Exco Pemuda UMNO Msia telah mengadakan beberapa mesyuarat di Pusat Khidmat Rakyat 1Malaysia, Kuala Kubu Bharu bersama orang-orang kuat di Kuala Kubu Bharu termasuklah beberapa orang Ketua Pemuda Caw di daerah ini.

Perbincangan ini dibuat bagi mempastikan jentera di peringkat akar umbi terus mantap dan bergerak selaras dengan strategi yang telah diatur oleh peringkat Pemuda UMNO Msia. Beliau menyeru semua pemimpin setempat terutamanya bekerja bersama beliau bagi mempastikan kemenengan kali ini berpihak kepada Barisan Nasional(BN).

Monday, April 12, 2010

Jamuan Bersama Rakyat-PRK Hulu Selangor

Pilihanraya kecil Hulu Selangor 2010 adalah sebuah pilihan raya kecil yang diadakan ekoran kemaatian penyandang Dr.Zainal Abidin Ahmad yang telah meninggal dunia pada 25 Mac 2010 yang lalu. Ia merangkumi 3 Dun iaitu Hulu Bernam, Kuala Kubu Bharu dan Batang Kali. SPR telah menetapkan pada 17 April adalah untuk penamaan calon manakala 25 April tarikh untuk membuat undi.

Pada pilihan raya umum lalu, Allahyarham, yang juga bekas Timbalan Menteri Besar Selangor, menewaskan calon Barisan Nasional (BN) Datuk G. Palanivel dengan majoriti tipis 198 undi

Allahyarham menyertai PKR pada 2005, memperoleh 23,177 undi, manakala Palanivel yang juga Timbalan Presiden MIC, mendapat 22,979 undi. Gambar di bawah merupakan salah satu Majlis Jamuan Bersama Rakyat di peti undi yang dijaga oleh Datuk Ahmad Zaki Zahid baru-baru ini.

Tuesday, March 16, 2010

Gotong-royong Perdana








Baru-baru ini keprihatinan Pemuda UMNO Putrajaya bersama masyarakat setempat dapat diterjemahkan melalui Aktiviti Gotong-royong Perdana bersama Persatuan Penduduk Putra Harmoni yang dikenali sebagai Flat Hijau. Dibawah kepimpinan Ybhg.Datuk Ahmad Zaki Zahid selaku Ketua Pemuda UMNO Bah.Putrajaya bersama AJK Pemuda, program ini dapat dilaksanakan walaupun hujan turun dengan lebatnya pada pagi tersebut.

Pengerusi Persatuan Penduduk Putra Harmoni, Tengku Bidin Tengku Jusoh mengucapkan jutaan terima kasih diatas bantuan dan komitmen yang ditunjukkan oleh Pemuda bahkan turut berbangga apabila program kemasyarakatan seperti ini turut disertai oleh Biro Putera Putrajaya yang terdiri daripada golongan para remaja. Tujuan program ini dilaksanakan adalah untuk membersihkan kawasan sekitar flat ini demi menjaga tahap kebersihan dan kesihatan penduduk setempat. Kita tidak nafikan kawasan Putrajaya ini mempunyai statistic Demam Denggi yang agak membimbangkan. Oleh itu kerja-kerja pembersihan seperti ini tidak harus diletakkan sepenuhnya kepada pihak berkuasa tempatan malah masyarakat juga harus peka.

Sekalung tahniah kepada Pemuda UMNO dan Putera Putrajaya atas keprihatinan mereka. Ia juga merupakan sebahagian aktiviti Juara Rakyat seperti mana yang diwarwarkan oleh PM kita.