Wednesday, June 5, 2013

Filem Tanda Putera WAJIB ditonton terutama generasi muda hari ini. Tahniah @shaberyc


Penulis pertama kali ingin mengucapkan tahniah kepada YB DS Ahmad Shabery Chik, Menteri Penerangan & Komunikasi kerana atas usaha beliau filem ini berjaya ditayangkan kepada umum.
Penulis sendiri telah menonton filem ini dan bagi penulis, filem ini bukanlah filem 'kontroversi' seperti yang dipukul canang oleh sesetengah pihak.  Filem ini juga tidak mengajak/mengajar rakyat Malaysia yang berbilang kaum ini supaya bergaduh antara satu sama lain serta filem ini juga TIDAK bersifat perkauman.
Ia adalah fakta dan sejarah negara yang berlaku sekitar zaman pemerintahan Tun Razak dan bagi penulis, message filem ini perlu diketahui oleh semua rakyat Malaysia.  Sejarah ini hanya memberi kesedaran dan pengajaran untuk kita semua generasi baru ketahui betapa perit dan payahnya pengorbanan pemimpin2 kita terdahulu baik pemimpin Melayu, India, Cina dan lain2 demi memartabatkan Malaysia serta mensejahterakan semua kaum dan etnik yang ada.



DS Shabery Chik
Penulis faham, kebanyakkan kita amat sukar untuk membaca buku sejarah kerana itulah penulis berpendapat filem ini WAJIB ditonton terutamanya oleh generasi baru  tanpa mengira kaum kerana message yang disampaikan cukup mudah dan penulis pasti mereka yang menonton filem ini dengan mudah boleh memahami sejarah-sejarah negara yang berlaku ketika era pemerintahan Tun Razak.
Oleh itu, rakyat Malaysia terutamanya orang2 Melayu, sila tonton filem ini.  Lihatlah sendiri bagaimana payah getirnya tok nenek moyang kita berjuang dan berkorban untuk negara.  BUKAN seperti Anwar dan sesetengah generasi yang buta sejarah hari ini hingga sanggup memecah belahkan kaum yang ada, menggangu-gugat keharmonian negara serta TIDAK menghormati perlembagaan dan institusi Raja dan Agama Islam.

Berikut ialah serba sedikit sinopsis filem Tanda Putera:
Filem Tanda Putera mengisahkan persahabatan akrab antara Perdana Menteri kedua, Tun Abdul Razak dan timbalannya, Tun Dr Ismail yang terpaksa berahsia dan mengetepikan masalah kesihatan masing-masing bagi memulihkan keadaan negara ekoran peristiwa hitam 13 Mei 1969. Tun Razak terpaksa menyimpan rahsia mengenai penyakit leukemia yang dihadapinya kerana tidak mahu keluarga tertekan dan bimbangkan keselamatan negara. Mereka berdua berkongsi doktor.

Tahniah juga kepada penerbit filem ini Shuhaimi Baba!