Thursday, June 27, 2013

PANAS: Lagi remaja Cina fahaman DAP Racist hina orang Melayu & India pula? Apa tindakan pihak berkuasa? #TolakPR



Apahal biadap punya budak Cina DAP ni yang membuat kenyataan jika Melayu & India tiada di Malaysia, maka negara ini akan menjadi lebih baik daripada Singapore.
Leslie Ang merupakan jurugambar persendirian yang berasal daripada Johor Bahru namun menetap dan bekerja di negara jiran Singapura membuat kenyataan bilakah orang India dan Melayu akan matang dan Malaysia akan jauh lebih maju seperti Singapura jika Melayu dan India tiada di sini pada ruangan komen di Facebook.
Komen tersebut dikesan pada satu video yang disebarkan di laman tersebut menunjukkan rakaman CCTV berkenaan rompakan yang dilakukan oleh 3 orang (kononnya kaum India). 
Lihat di bawah.

Leslie Ang menulis :

"Indian and Malay when can this two race grow mature? Without them msia (Malaysia) sure better than singapore"

Saya sebagai warganegara merasakan perbuatan Leslie Ang ini sebagai satu perbuatan kurang ajar dan tiada langsung menunjukkan semangat perpaduan dan saling menghormati antara kaum. Leslie hanya mementingkan kaumnya saja yang kononnya hebat menerajui negara tanpa kaum-kaum yang lain atau dalam bahasa mudahnya ialah KIASU.
Apa yang hebatnya negara jiran tersebut berbanding negara Malaysia?

Hanya kerana negara mereka bersih ker atau kerana mereka mempunyai Universal Studio atau kerana mereka berjaya mendisiplinkan rakyat dengan wujudnya pelbagai jenis denda atau kerana mereka berjaya mengekang kesesakan jalan raya dek kerana harga kereta yang sangat mahalberbanding di Malaysia.

Inilah yang terjadi andai kita selalu memandang hebat dan tinggi kepada negara-negara lain. Sedangkan negara kita Malaysia jauh lebih ke hadapan berbanding mereka.

Leslie Ang, saya beranggapan kamu sebagai budak Cina DAP mentah yang hanya mengambil tahu perkembangan negara melalui media-media sosial dan tidak menonton televisyen apatah lagi membaca surat khabar harian. Mungkin pada kamu, orang Melayu dan India tidak diperlukan tetapi berapa ratus ribu orang Cina, Melayu dan India saling bergantung harap sesama sendiri.

Saya berandaian bahawa mungkin semasa kamu membesar, kamu tidur, meniarap dan berjalan di sekeliling kamu hanya ada kaum kamu saja. Dan disebabkan hal tersebutlah kamu berandaian bahawa kaum India dan Melayu lebih baik tiada di sini.

Saya percaya, pembaca artikel ini akan merasakan bahawa kami tidak perlukan anda di Malaysia kerana anda tidak menyumbang kepada pembangunan ekonomi negara apatah lagi menyumbang kepada kemajuan kaum kamu di sini.