Monday, October 7, 2013

Apa @MukhrizMahathir buat di sekolah pondok tu? @putrajaya_13



Golongan tok guru / pelajar pondok tidak pernah dilupakan oleh MB Kedah, Mukriz Mahathir. Beliau sentiasa menghargai sumbangan mereka dalam memperkasa kehidupan rakyat selari dengan perjuangan Umno dan Islam sejak sebelum negara merdeka. 

Datuk Mukhriz Mahathir berkata kerajaan negeri juga memperakui jasa tokoh-tokoh agama di negeri ini atas pengorbanan mereka menentang penjajah dan komunis. 




"Oleh itu adalah wajar hubungan antara kerajaan negeri dan pondok-pondok agama yang sekarang banyak dijadikan Sekolah Agama Rakyat (SAR) diteruskan agar Kedah terus maju bagi merealisasikan wawasan kepimpinan negara.

"Saya akan minta Jabatan Agama Islam Kedah berbincang dengan SAR dan ketua-ketua pondok supaya bantuan perlu dapat disalurkan," katanya semasa berucap pada majlis makan malam Menteri Besar bersama Warga SAR di Sekolah Agama Taufikiah Khairiah Al-Halimiah atau Pondok Pak Ya, Padang Lumat baru-baru ini. 

Pada majlis itu, Mukhriz menyerahkan bantuan berjumlah RM1.2 juta berdasarkan perkapita pelajar sumbangan Yayasan Gerak Fikir, sebuah badan bukan kerajaan di negeri ini kepada 11 SAR di Kedah. 


Sebelum itu, Mukhriz yang disertai Pengerusi Jawatankuasa Tetap Agama Islam Kedah Mohd Rawi Abdul Hamid, Mufti Kedah Datuk Sheikh Baderuddin Ahmad, pengerusi Majlis Pengetua SAR Kedah Datuk Sheikh Abdul Razak Yusof, guru dan pelajar menunaikan solat Maghrib diikuti bacaan Yasin dan doa selamat sebelum menunaikan solat Isyak. 

Dalam ucapannya, Mukhriz juga mencadangkan supaya SAR membuat kajian untuk menarik pelajar negara-negara asing belajar di sekolah mereka. 
"Impak kedatangan ramai pelajar asing membantu melonjak ekonomi, sektor pelancongan dan sudah tentu usaha mengukuhkan syiar Islam akan berkembang lebih cepat," katanya lagi.