Wednesday, October 9, 2013

Kenapa @MukhrizMahathir 'stop' kempen Naib Presiden? @putrajaya_13 @NajibRazak


Dalam kesibukan Mukhriz Mahathir berkempen untuk jawatan Naib Presiden, beliau juga melihat kepentingan berkempen untuk PRK DUN Sungai Limau mengatasi keinginan serta hasratnya untuk menjadi salah seorang Naib Presiden.



Inilah sikap seorang Menteri Besar Kedah yang bertanggungjawab.  Walaupun dikatakan UMNO mempunyai peluang yang agak besar untuk merampas kerusi DUN Sungai Limau dari tangan PAS, namun tanpa kerja yang bersungguh-sungguh, kejayaan tersebut hanya wujud dalam angan-angan. Kejayaan juga tidak akan datang dengan sekadar angan-angan dan cakap kosong sepertimana yang berlaku di Selangor, sebaliknya menerusi kerja keras membabitkan semua pihak.

Sedar dengan keadaan itulah, Mukhriz Mahathir terpaksa mengorbankan acara kempen yang sekarang ini sedang hangat dilaksanakan oleh calon-calon terbabit. Mukhriz lebih melihat kepentingan UMNO dan Barisan Nasional untuk merampas kerusi DUN Sungai Limau berbanding dia ke sana ke mari berkempen untuk menjadi Naib Presiden.

Beliau percay sebahagian besar daripada perwakilan, tentu sekali akan mengambil kira kerja-kerja yang dilaksanakan untuk parti dan bukannya sekadar pemimpin yang bercakap besar tentang diri sendiri tetapi sumbangan kepada kemenangan parti, tidak dipedulikan.

Pengorbanan besar yang dilakukan oleh Mukhriz Mahathir sebenarnya mencerminkan kehendak akar umbi UMNO yang mahukan pemimpin-pemimpin yang lebih ke hadapan dalam bab kerja, bukannya pemimpin-pemimpin yang lebih ke hadapan dalam bab berkempen untuk diri sendiri tetapi apabila bab bekerja, mereka hilang entah ke mana.

Apa-apa pun, syabas dan terima kasih kepada Mukhriz Mahathir yang dapat menilai yang mana satu LEBIH PENTING dan yang mana satu SEKADAR KEMPEN UNTUK PERIBADI...