Sudah tiba masanya muka baru dalam Umno diberikan tempat apabila Menteri Besar Kedah, Datuk Mukhriz Mahathir menawarkan diri bertanding merebut jawatan naib presiden Umno.
Pertandingan itu sihat, bagus untuk menonjolkan muka baru demi memperkasakan UMNO lebih-lebih lagi sekiranya calon muda yang berkaliber.
Muhkriz antara pemimpin yang disenangi dan satu-satunya harapan dalam Umno.
Sekiranya tidak diberi peluang, adalah satu kerugian memandangkan beliau antara pemimpin muda yang berjaya.
Beliau sudah dicuba walaupun tidak cemerlang sangat tapi pengalaman timbalan menteri, Exco Pemuda Umno dan sekarang menteri besar sudah cukup.
Beliau juga adalah antara kebanggaan Umno, rasanya ahli-ahli Umno tahu akan perkara ini, mereka akan membuat pilihan yang betul.
Sebelum ini, Mukhriz dilaporkan akan menimbang pandangan rakan-rakannya sebelum membuat keputusan bertanding jawatan naib presiden pada pemilihan parti, Oktober ini.
Namun bapanya, bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohammad dilaporkan turut menasihati Umno agar melantik pemimpin muda bagi kelangsungan parti itu dalam arena politik tanah air.
Kata Dr Mahathir, hanya dengan pemimpin muda, Umno akan dapat meneruskan legasi mereka memerintah negara ini.