Wednesday, May 27, 2009

Kursus Motivasi & Kerja Berpasukan









Baru-baru ini Pemuda UMNO Bah.Putrajaya telah menganjurkan Kursus Motivasi & Kerja Berpasukan pada 15-17 Mei yang bertempat di Lembah Azween, Batu 14, Hulu Langat Selangor Darul Ehsan. Kursus ini dikendalikan di bawah Biro Penerangan & Latihan dimana Pengerusi Biro ini ialah Sdr.Zalizan Othman. Untuk pengetahuan semua, kursus ini diadakan untuk kali pertamanya dan dikhususkan dahulu kepada AJK Pemuda UMNO beserta Pengerusi dan Timbalan Pengerusi Tetap. Insyaallah peluang ini akan dibuka kepada ahli-ahli pemuda yang lain. Ini kerana matlamat utama adalah untuk memantapkan institusi pemuda/barisan tertinggi Pemuda UMNO Putrajaya itu terlebih dahulu supaya perpaduan dapat dipupuk, kerjasama antara satu sama lain dapat diterapkan dan untuk memupuk sikap berpasukan dimana ianya akan memberi kesan yang baik kepada pentadbiran Pemuda UMNO Putrajaya khususnya dalam memberi kerjasama/sokongan kepada pucuk pimpinan yang sedia ada. Untuk makluman, pada hari pertama setibanya para peserta di kem ini, peserta telah dikunjungi oleh seramai 15 orang Pemuda UMNO Bahagian Hulu Langat yang diketuai sendiri oleh Ketua & Naib Pemuda mereka. Dalam majlis silaturahim yang singkat ini, KP UMNO Putrajaya, Datuk Ahmad Zaki Zahid dan AJK yang lain sempat makan malam bersama mereka di dalam kem ini dan sebelum mereka pulang sedikit cenderahati tanda kenangan diberi kepada mereka.
Alhamdulilah seramai lebih kurang 22 orang daripada jumlah keseluruhan seramai 27 peserta yang hadir. Selebihnya tidak dapat mengikuti kursus ini kerana terikat dengan komitmen yang lain. Walaubagaimanapun secara keseluruhannya, kursus yang berlangsung selama 3 hari 2 malam yang bermula pada Jumaat malam dan berakhir pada Ahad tengah hari ini sedikit sebanyak memberi pendedahan, kesedaran, dan merapatkan lagi hubungan silaturrahim sesama peserta, kepayahan serta kesusahan yang perlu dihadapi bersama melalui program-program yang diaturkan sepanjang kursus ini. Antara aktiviti-aktiviti yang terpaksa dihadapi oleh peserta ialah seperti kerja berpasukan, aktiviti berakit dan kembara malam.
Majlis ini dirasmikan oleh KP UMNO Putrajaya, Datuk Ahmad Zaki Zahid (DAZZ) dengan kalimah suci “Bismillahirahmanirahim”. Antara ucapan beliau, “Ingatlah perjuangan kita ni berlandaskan “ aliff baa taa”. Agama, bangsa dan tanah air..Kita tidak boleh leka, lalai dan ambil mudah dalam perjuangan ini. Adakalanya kita perlu keluar dari zon selesa. Sikap kita harus berubah. Kita perlu mantapkan minda dan fizikal kita agar kita lebih bersedia dalam apa jua keadaan sekalipun.
Lebih bermakna lagi kepada semua peserta apabila majlis penutup ini disempurnakan oleh Setiausaha Agung UMNO merangkap Ahli Parlimen Putrajaya, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor. Ucapan ribuan terima kasih kepada beliau kerana walaupun sibuk tetapi beliau dapat meluangkan masa untuk menghadiri program ini. Saya masih ingat dalam ucapan penutup beliau pada hari terakhir tersebut dimana beliau berulang-ulang kali mengingatkan kita semua supaya berubah sikap kearah kebaikan, menjadi insan yang lebih cemerlang apatah lagi setelah pulang dari kursus-kursus sebegini, dan bersatu padu untuk menguatkan parti. Zaman pemilihan telah berlalu. Yang kalah tetap kalah dan yang menang tetap menang. Kita harus menerima dan menghormati keputusan ini. Itulah sikap yang perlu ada pada kita sebagai seorang pemimpin. Kita harus sedar bahawa UMNO ketika ini berada dalam keadaan tenat. Masyarakat tidak marah/benci pada lambang UMNO itu tetapi mereka sebenarnya marah dengan sikap yang ada pada sesetengah pemimpin UMNO yang sombong, angkuh, pentingkan diri sendiri dan yang paling teruk sikap segelintir pemimpin UMNO itu sendiri yang cuba untuk merosak/mempecah-belahankan perpaduan didalam UMNO. Begitu juga harapan beliau kepada semua AJK Pemuda Putrajaya khususnya. Bersatulah, berubahlah supaya menjadi insan yang lebih cemerlang dan hormatilah pucuk pimpinan yang ada. Masa pemilihan telah berlalu. Kita semua harus bersatu padu demi agama, bangsa dan Negara yang tercinta.
Ucapan tahniah juga diberikan kepada peserta diatas komitmen yang ditunjukan serta tidak lupa juga kepada pihak Yayasan Pengurusan Ilmu yang turut menyediakan penceramah berpengalaman, Mejar Abd Aziz serta semua yang terlibat di dalam Kursus Motivasi & Kerja Berpasukan ini. Semoga Pemuda UMNO Putrajaya terus cemerlang dan bersatu padu menjadi sebuah pasukan yang kuat dan dicontohi oleh masyarakat. Segala coretan gambar kenangan boleh dilihat didalam galeri.

Monday, May 25, 2009

Kejohanan Futsal Bawah 21 Tahun

















Pada 1 Mei 2009 sempena Hari Pekerja telah berlangsung satu Kejohanan Futsal Bawah 21 Tahun, yang bertempat di 2 lokasi iaitu di Padang P9 dan P11. Kejohanan ini disertai oleh 14 pasukan yang terdiri daripada warga remaja Putrajaya. Ia telah dirasmikan oleh Pegawai Khas Ahli Parlimen Putrajaya iaitu Sdr Shokri b Shapee pada jam 8.30 pagi. Beliau telah membuat sepak mula sebagai simbolik perasmian kejohanan ini.
Sebelum kejohanan ini bermula, Ketua Penerangan Pemuda UMNO Putrajaya Sdr.Zalizan Othman lebih mesra dengan panggilan "Abang Jamal" telah menekankan aspek-aspek keselamatan kepada para peserta serta menyarankan kepada para remaja supaya menjauhi aktiviti yang kurang sihat dan tidak bermoral. Dengan melibatkan aktiviti sihat seperti bersukan ianya akan dapat merapatkan lagi hubungan serta memupuk budaya hidup sihat.
Setelah semua pasukan berhempas pulas, akhirnya Johan dimenangi oleh pasukan Pulau C, Naib-Pasukan Pulau B, Ketiga-Azzuri dan keempat ialah Pasukan Pulau A. Hadiah-hadiah disampikan oleh AJK Pemuda Putrajaya merangkap Ketua Putera Bah.Putrajaya iaitu Sdr.Mohd Zushaidey Zulkifli atau lebih dikenali dengan panggilan "Zach". Diharapkan pada masa akan datang lebih banyak lagi aktiviti-aktiviti seperti ini akan diadakan bagi menarik lebih ramai lagi golongan remaja khususnya supaya mereka terus melibatkan diri dengan aktiviti-aktiviti anjuran Pemuda UMNO.

Tuesday, May 19, 2009

Keprihatinan Bersamamu-Datuk Ahmad Zaki Zahid



Selepas berakhirnya Pertandingan Bowling Anjuran KP Putrajaya, atas Keprihatinan DAZZ, beliau bersama-sama AJK Pemuda serta beberapa ahli pemuda putrajaya telah membuat lawatan ke rumah Sdr Kamaruzzaman Ahli Pemuda Cawangan Kantan di Presint 9. Untuk pengetahuan semua, kemalangan yang dialami oleh Sdr Kamaruzzaman ini telah sekali gus merubah kehidupan asalnya. Dia yang berpewatakan ceria akhirnya terpaksa menerima ketentuanNya kerana disebabkan kemalangan ini, dia telah lumpuh hampir keseluruahan anggota badan.
Namun atas kecekalan, ketabahan serta doa telah membuatkan dia berjaya melawan kesakitan yang dihadapi sehingga mampu menggerakan sedikit beberapa anggota badannya. Atas keprihatinan Datuk Ahmad Zaki ke atas ahli-ahli pemuda beliau telah meluangkan masa dan melawat sdr Kamaruzzaman. Ini bukanlah mainan politik atau untuk meraih undi tetapi apa yang ingin saya katakan ialah keikhlasan beliau serta keprihatinan beliau kepada seluruh warga pemuda putrajaya. Dikesempatan ini saya memohon agar kita semua berdoa kepada Allah SWT agar Sdr Kamaruzzaman kembali bersemangat dan sentiasa sihat sejahtera. Amin.....

Sunday, May 17, 2009

Nik Aziz Tidak Setuju Bincang Dengan BN Isu Perak


Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat tidak mahu sebarang perbincangan diadakan antara pakatan pembangkang dan Barisan Nasional (BN) bagi menyelesaikan kemelut politik di Perak.

Nik Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan berkata beliau tidak yakin kaedah perbincangan antara kedua-dua pihak yang bertentangan itu dapat menyelesaikan krisis berkenaan.

"Jalan paling baik ialah bubar Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Kempen Persekitaran Bestari Negeri Kelantan di sini, Sabtu.

Beliau diminta mengulas kesediaan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, yang juga Presiden BN, untuk bertemu dengan pemimpin pembangkang dalam usaha menamatkan kemelut politik Perak.

Pemimpin-pemimpin pakatan pembangkang dilaporkan mahu beliau menetapkan tarikh pertemuan itu tetapi mereka berpendirian bahawa jalan terbaik bagi menyelesaikan krisis politik itu ialah dengan membubarkan DUN Perak agar pilihan raya negeri dapat diadakan.

Pemuda Selar Sikap Hipokrasi Anwar

Seremban -- Pemuda UMNO hari ini menyelar sikap hipokrasi Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mencabar Barisan Nasional (BN) untuk mengadakan satu pilihanraya bagi menyelesaikan krisis politik yang berlaku di Perak.

Ketuanya, Khairy Jamaluddin berkata pembangkang khususnya Anwar Ibrahim ternyata tidak mempunyai pendirian yang konsisten dan sering berubah-ubah mengikut kepentingan sendiri.

"Kita tidak takut untuk berdepan dengan pilihanraya negeri Perak. Tetapi soal di sini, adalah soal prinsip, soal proses undang-undang di mana Anwar kata semalam bahawa cara yang terbaik untuk selesaikan kemelut politik di Perak adalah melalui pilihan raya negeri.


"Saya nak tanya beliau masa Misi 16 September yang diwar-warkan dulu, tidak pernah pun Anwar cakap untuk bubarkan Parlimen. Kalau dia cuba nak rampas kuasa kerajaan persekutuan melalui lompat parti, apa bezanya dengan apa yang beraku di Perak hari ini", katanya.

Beliau seterusnya menegaskan Anwar ketika melaungkan Misi 16 September yang lalu tidak pernah pun menyatakan untuk membubarkan parlimen dan kembalikan hak kepada rakyat.

"Kita tidak faham sikap pembangkang. Sekarang cakap bubarkan DUN tetapi dulu tidak pula bercakap soal bubarkan Parlimen. Jadi hipokrasi seumpama ini mesti kita dedahkan", ujarnya.

Beliau berkata demikian selepas mengadakan mesyuarat bersama Pemuda UMNO Negeri Sembilan di sini, hari ini.

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalan satu forum di Petaling Jaya semalam mencabar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak supaya mengadakan pilihanraya baru di Perak bagi menyelesaikan kemelut politik di negeri itu.

Katanya kemelut politik di Perak bukanlah isu perundangan yang boleh diselesaikan di mahkamah sebelaiknya melalui pilihanraya yang bebas dan adil.

Khairy seterus menegaskan Pemuda UMNO dan Pemuda BN bersedia pada bila-bila masa dan waktu untuk menghadapi pilihan raya DUN Perak.

Namun jelas beliau Pemuda melihat kemelut di Perak menerusi dua aspek iaitu proses undang-undang dan kedua proses perundangan.


"Proses undang-undang kita kena tunggu rayuan yang difailkan berhubung kesahihan siapa MB Perak yang sebenarnya.

"Proses perundangan pula kita percaya akhirnya rakyat Perak mahu melihat siapa dan parti mana yang ada majoriti di DUN dan kita rasa pihak BN akan dapat majority tersebut. Untuk kita selesaikan dalam masa terdekat adalah adalah melalui proses perundangan", ujarnya.