Mahathir Mohamad menggelarnya penyangak mata wang ketika krisis ekonomi
melanda Asia Tenggara pada tahun 1997 dan 1998. Disebabkan itu, Soros
didakwa mempunyai agenda jahat dengan menggunakan Suara Rakyat Malaysia
(Suaram) untuk menjatuhkan negara ini. Sejak zaman Tun Mahathir menjadi
Perdana Menteri lagi, dia (Soros) menyimpan dendam terhadap negara ini
kerana menuduhnya sebagai pencetus krisis ekonomi.