Sempena Hari Malaysia di penghujung Syawal dan masih dalam
sambutan kemerdekaan ini, marilah kita bersama-sama memuhasabah diri dengan
kembali kepada fitrahNya.
Hari Malaysia disambut pada 16 September setiap tahun untuk
memperingati penubuhan persekutuan Malaysia di tarikh yang sama pada tahun
1963. Ia menandakan penyertaan bersama Tanah Melayu, Borneo Utara (kini Sabah),
Sarawak dan Singapura bagi membentuk Malaysia.
Pembentukan persekutuan baru ini dirancangkan berlaku pada 1
Jun 1963 namun kemudiannya ditangguhkan ke 31 Ogos 1963 bagi membolehkan ia
disambut bersama-sama dengan sambutan hari kemerdekaan ke-6. Beberapa isu
berkaitan dengan bantahan Indonesia dan Filipina untuk pembentukan Malaysia
memperlambatkan pengisytiharan hingga ke 16 September pada tahun yang sama.
Penangguhan itu juga dibuat bagi membolehkan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu
memperuntukkan masa membuat pungutan suara di Borneo Utara (kini Sabah) dan
Sarawak.
Perisytiharan dibuat di Stadium Merdeka disaksikan oleh Yang
di-Pertuan Agong, Raja-Raja Melayu, Gabenor-Gabenor Pulau Pinang, Melaka,
Sarawak dan Sabah serta 30 ribu rakyat jelata.
Ia telah ditentang hebat oleh Indonesia dan Filipina. Indonesia tidak
senang dengan penubuhan Persekutuan Malaysia lantas, melancarkan konfrantasi
ketenteraan di bawah slogan "Ganyang Malaysia" yang berlanjutan
sehingga tahun 1966.
Filipina pula menuntut haknya ke atas Sabah atas hujahan
perjanjian yang dimeterai antara Kesultanan Sulu dengan pihak British. Brunei
yang turut termasuk dalam rancangan penubuhan Persekutuan Malaysia membatalkan
penyertaannya setelah berdepan dengan pemberontakan besar-besaran di Brunei
oleh Sheikh Azhari pada penghujung 1962.
Sekalipun begitu, akhirnya pada 9 Julai 1963, Perjanjian
penubuhan Persekutuan Malaysia dimeterai di London hanya setelah Laporan
Suruhanjaya Cobbold yang dikeluarkan menyatakan, lebih 80 peratus rakyat
Sarawak dan Sabah bersetuju dengan cadangan kemerdekaan melalui penggabungan bersama
Persekutuan Tanah Melayu.
Namun, Hari Malaysia dan sejarahnya ini akan hanyut apabila
ada segelintir rakyat Malaysia pada hari ini tidak menghargai Malaysia malah
sanggup menjual maruah Negara ini. Sekalipun tidak hilang, tetapi apalah nilai
Hari Malaysia ini dapat memberi satu kesedaran kepada golongan generasi muda???
Apakah generasi muda sedar dan menghargai akan kewujudan Hari Malaysia yang
selama ini memberi kesan sejarah kepada generasi lama..?? Hargailah para pejuang bangsa, keharmonian
dan keamanan yang kita perolehi hari ini.
JANGAN mudah terpengaruh dengan anasir-anasir yg cuba menjahanamkan Negara
kita…”Tepuk Dada Tanya Selera”.