Itulah sikap Si Anwar Ibrahim bersama-sama juaknya dalam menyakinkan rakyat bahawasanya Pakatan Pembangkang sudah sedia dan mampu untuk mentadbir negara ini. Kali ini, lebih mengejutkan apabila Anwar Jet Peribadi Mewah pula ditayangkan bagi membeli undi rakyat marhaen. Jika dulu PR sering menuduh pemimpin BN suka bermewah dan membazir, dan
sering menonjolkan imej pemimpin mereka sebagai zuhud, merendah diri dan
berjimat cermat. Tetapi hari ini, itu semua hanya tinggal ‘kenangan’
kerana jelas pemimpin PR adalah jauh lebih mewah dari BN.
Di manakah mereka memperoleh wang untuk memiliki jet peribadi yang
nilainya jutaan ringgit? Adakah ia hasil daripada wang sumbangan George
Soros daripada Yahudi itu? Tian Chua bersama pemimpin Pas nampak teruja dan tersipu(konon malu) bila menaik jet ini..
Justeru, beliau sudah berminat lagi untuk menonjolkan imej zuhud yang
dipakainya sebelum ini, tetapi mula menunjukkan warna dirinya yang
sebenar kepada rakyat iaitu seorang yang penuh gaya dan bercitarasa
tinggi. Tentu sekali, sebagai sahabat kepada tokoh-tokoh Zionis yang
menguasai dunia, Anwar perlu membawa imej yang sesuai dengan
kedudukannya. Cakap-cakap di laman sosial kini berbunyi, jika PR selama ini
memburukkan kerajaan atas alasan ‘membazir’, maka apakah menyewa jet
mewah tersebut tidak membazir? Apakah Anwar itu terlalu tinggi
kedudukannya sehingga tidak layak untuk menaiki kapal terbang biasa?
Kenapa perlukan sebuah jet? Apa sebenarnya yang Anwar ingin buktikan
atau tunjukkan kepada rakyat atau musuhnya? Anwar oh Anwar..!!!