Ketika jutaan umat Islam seluruh dunia termasuk Malaysia
bangkit mengadakan bantahan besar-besaran terhadap pembikinan filem Innocence
of Muslims yang menghina Nabi Muhammad SAW, seorang pemimpin DAP pula
mempersoalkan protes tersebut.
Siapakah dia? Tidak lain tidak bukan, Pengerusi DAP Perak,
Datuk Ngeh Koo Ham dalam laman Twitter semalam didakwa mengeluarkan kenyataan
provokasi sebagai reaksi kepada hasrat Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin
untuk bergabung dengan Pemuda Pas mengadakan protes terhadap filem arahan Sam
Bacile itu
''Khairy wants muslim protest against Sam Bacile. For Islam
or for his political gains? Are muslims wasting too much time & energy on
this?
(Khairy mahu umat Islam memprotes Sam Bacile. Ia untuk Islam
atau keuntungan politiknya? Adakah umat Islam membuang begitu banyak masa dan
tenaga untuk ini?)," kata Koo Ham dalam laman Tweeternya.
Inikah pemimpin yang perlu disanjung? Beginikah sikap
pemimpin Pembangkang yang diagung2kan oleh orang Melayu Islam dalam Pakatan??
"Tepuk Dada Tanya Selera"...