Sunday, September 15, 2013

Janji PM untuk bumiputera dalam menjayakan sektor ekonomi @putrajaya_13 @NajibRazak


Berikut adalah Ringkasan Ucapan PM sempena Majlis Pemerkasaan Ekonomi Bumiputera ;

-18.6 juta orang atau 67.9 % penduduk negara adalah Bumiputera
-Agenda Bumiputera harus dilihat dalam kerangka dan menjadi agenda nasional
-Agenda Bumiputera bukan mengambil hak sesiapa tetapi melalui penciptaan kekayaan baru 
-Dasar Ekonomi Baru sebagai langkah awal telah berjaya merapatkan jurang antara kaum



- Kerajaan maklum jurang pendapatan antara etnik pendapatan Cina pada nisbah 1:1.43.
Usahawan bumiputera tertumpu kepada mikro dan sederhana.
-Pencapaian Bumiputera dalam bidang perniagaan masih rendah
-Fokus pemerkasaan pertama: Mendaya modal insan Bumiputera 
- Fokus Pemerkasaan ekonomi bumiputera 1. Mendayakan modal insan bumiputera.
- antaranya tingkat kemahiran golongan muda. Oleh itu peruntukan tambahan diberi kepada Mara dan program latihan IKBN ditambah.
-Fokus pemerkasaan kedua: Memantap pemilihan ekuiti Bumiputera dalam sektor swasta
-Fokus pemerkasaan ketiga: Memperkukuhkan pemilihan aset bukan kewangan Bumiputera
-Fokus pemerkasaan keempat: Memperhebat keusahawanan dan perniagaan Bumiputera
-Semua CEO GLC mesti tetapkan KPI penyertaan Bumiputera di agensi masing-masing
-UKAS akan kenalpasti perkhidmatan kerajaan berdaya maju utk diswastakan kpd Bumiputera


-Selepas kejayaan dalam projek MRT, dasar "carve out" akan diperluaskan lagi
-Skim Permulaan Entrepreneur Baru Bumiputera akan dimulakan dgn RM100 juta, beri geran sehingga 500K
-Fokus pemerkasaan kelima: Memantapkan ekosistem penyampaian kerajaan
-Unit Pembangunan Bumiputera akan diwujudkan di semua kementerian
-PM meminta semua pihak tidak salah faham kerana tidak mengambil hak kaum lain dan apa dilakukan adalah wajar dan adil.
-PM berkata perhimpunan hari ini bukan untuk suka-suka. Pagi ini umumkan tambah 250,000 kemasukan UiTM menjelang tahun 2020.
-PM juga umum RM1 bilion dana pendidikan Mara.
-Dana Pendidikan Mara RM1bilion secara matching fund
-PM umum penubuhan Majlis Ekonomi Bumiputera ganti Majlis Tindakan Agenda Bumiputera.
-TERAJU akan diletakkan di bawah Perdana Menteri & Majlis Ekonomi Bumiputera gantikan MTAB 
-Najib menyatakan selagi hayat beliau ada agenda Melayu dan bumiputera tetap jadi agenda utama.