Monday, September 16, 2013

TERKINI: AES telah diambil alih oleh @PDRMsia?? @putrajaya_13 @Zahid_Hamidi


Pelaksanaan operasi Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) kini telah diambil alih oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Perkara tersebut disahkan oleh Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Terengganu di sini hari ini.
"Ya. Saya ingin mengesahkan bahawa AES kini telah diserahkan secara rasmi operasinya kepada PDRM.

"Ia telah pun berkuatkuasa.. di semua lokasi yang ada AES iaitu lokasi sedia ada," katanya.

Pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein sebelum ini dilapor berkata, kerajaan akan mengambil alih operasi dan penguatkuasaan AES daripada syarikat pengendali.

Sebanyak 14 kamera AES beroperasi sejak sistem itu dikuat kuasa September 2012 dan setakat 11 Jun lalu, kerajaan mengeluarkan 673,339 saman dan mengutip kompaun sekitar RM20 juta.

PUP:  penulis ada 2-3 saman AES ni..boleh kawtim tak 'tuan'?? hehehe