Saturday, May 4, 2013

KECOH: Penyokong PAS Guna Parang Serang BN Putrajaya Malam Tadi! #TolakPR #PRU13


Kecoh..kecoh...kecoh lagi!!  Kali ini mereka 'standby' dengan parang pula.  Nampak gayanya penyokong Husam Musa semakin ganas ni!  Kejadian malam tadi di Precint 9 cukup membuktikan bahawa penyokong PAS kali ini semakin agresif.  


Dalam keadaan kelam kabut, penulis sempat mengambil beberapa gambar menunjukkan penyokong PAS ini membawa sebilah parang dalam misi mereka membuat kacau bilau dengan penyokong BN Putrajaya.  Dalam gambar ini jelas menunjukkan penyokong PKR turut terlibat.  Yang menghairankan ialah kenapa pula penyokong PKR ini berada di Putrajaya?  Sedangkan hanya PAS yang bertanding di Putrajaya!  


Apapun, mereka ini sebenarnya adalah pencacai-pencacai PR (Pakatan Rosak) yang terdiri daripada 'orang luar' yakni BUKAN penduduk Putrajaya.  Husam terpaksa 'mengimport' jentera dan pencacai luar seperti Bandar Tun Razak, Dengkil, Bangi, Kajang dan kawasan berhampiran lain untuk membuat onak dan huru-hara sebelum hari mengundi.  

Parang yang diselit oleh penyokong PAS
Kejadian pencacai PR membawa parang ini sebenarnya adalah peringatan kepada seluruh jentera BN supaya lebih berhati-hati terutamanya ketika hari pembuangan undi dan selepas keputusan diumumkan pada malam 5/5/13 nanti.  Difahamkan mereka sudah siap sedia untuk membuat huru-hara dan provokasi yang keterlaluan.

P/S: Sedih melihat orang Melayu (PR) turut membawa dan kibarkan bendera DAP.