Thursday, May 23, 2013

Semakin Kurang ajar!! Tunjuk perasaan depan Balai Polis Jinjang pula.


Telah diberitakan semalam 18 individu di tahan di balai polis Jinjang apabila berdegil untuk tidak bersurai selepas diarahkan polis berbuat demikian . Menurut laporan media, 14 yang ditahan adalah lelaki dan 4 lagi perempuan. Itu dari segi komposisi mengikut jantina , kalau kita lihat komposisi mengikut kaum pula adalah seperti berikut , 4 wanita berbangsa Cina , 3 lelaki Melayu dan 11 lelaki Cina . Oleh yang demikian kita ada 15 orang kaum Cina dan 3 orang kaum Melayu yang ditahan semalam . Boleh dikatakan orang Melayu tak bersungguh nak mempertahankan Adam Adli berbanding orang Cina , mana tak nya , jumlah kaum Cina yang ditahan adalah 5 kali ganda kaum Melayu . 

Dari kejadian yang berlaku ini, penulis berpendapat majoriti kaum Melayu sudah muak dengan perjuangan kosong PR . Apa yang dapat dilihat ialah penyokong PR dari kalangan kaum Cina yang sedang mengemudi apa yang puak2 chauvinis itu namakan sebagai 'kebangkitan rakyat' . Penulis tak nampak ini boleh dikatakan sebagai 'kebangkitan rakyat' , sejak 10 tahun lepas mereka ulang-ulangkan slogan ditambah pula dengan pelbagai perisa fitnah , mujurlah fitnah ini tidak meracuni majoriti rakyat .


Seramai 18 individu, termasuk empat wanita, ditahan ketika berhimpun di depan Balai Polis Jinjang mendesak aktivis mahasiswa Pro Pakatan Rakyat Adam Adli Abdul Halim dibebaskan malam tadi. 

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Datuk Ku Chin Wah, dalam sistem pesanan ringkas (SMS) kepada Bernama, berkata mereka ditahan kerana gagal mematuhi arahan polis supaya beredar selepas diberi masa 10 minit.
Perhimpunan itu bermula pada kira-kira 8 malam, dan jalan masuk ke balai polis berkenaan ditutup. 



Adam Adli, penuntut Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) yang digantung pengajian kerana menurunkan bendera memaparkan wajah Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) dalam satu demonstrasi 17 Dis lepas.
Bibit-bibit perkauman dan racist mula kedengaran dengan perhimpunan yang berlaku semalam , ada khabar angin mengatakan beberapa individu telah mula melaung-laungkan ungkapan rasis . Malah kabar angin juga menyatakan pistol turut dibawa . Penulis perasan mengenai perkara ini apabila melihat beberapa status FB . Penulis tidak mahu komen lebih2 tentang perkara ini kerana tidak pasti sejauh mana kebenarannya . Apa yang diperoleh dari status2 dalam FB ialah ada dua perhimpunan yang berlaku satu di Penang dan satu di Jinjang . Kes bawa pistol dan ungkapan rasis itu tak pula dinyatakan di mana . Penulis mereka yang berada di tempat kejadian boleh mengesahkan perkara ini . Kalau ada video dan gambar2 lagi bagus untuk tindakan kita selanjutnya. Hal sebegini tak boleh dibiarkan lama-lama , kita juga adalah rakyat dan punyai hak untuk hidup secara aman tanpa provokasi melampau. Kita dah melalui 10 tahun yang meletihkan dan biarlah senario politik dalam negara ini tenang seketika.