Kempen Healing Malaysia sebahagian usaha mengembalikan ketenangan dan keamanan pasca-PRU13 dalam kalangan rakyat Malaysia.
Kempen bermula 13 Mei 2013 sehingga sambutan Hari Merdeka & Hari Malaysia 2013.
Untuk melawan sentimen kebencian & perkauman di media sosial, pengguna digalakkan menyertai kempen hashtag #SaySomethingNice.
Rakyat Malaysia perlu bersatu semula membangunkan negara agar Wawasan 2020 dapat dicapai.