Friday, May 31, 2013

TERKINI: Kenapa Alex Feergusen marah sangat pada Anwar tu?


Rumah siap, pahat masih berbunyi? Itulah perumpamaan yang penulis gambarkan  mengenai PRU13 lalu.  Pencacai-pencacai Pakatan Rosak(PR) bersama pemimpin-pemimpin mereka masih lagi cuba menidakkan keputusan rakyat Malaysia.  Ada juga yang sanggup menjadi 'keldai' dijalanan, himpunan haram jaddah yang tidak ada asasnya.  

PRU13 telah pun selesai hampir sebulan lamanya. Keputusan yang dibuat oleh rakyat telah pun diperolehi dan Wakil Rakyat yang diberikan mandat oleh rakyat telah pun membuat perkhidmatan pada rakyat dan pembangunan negara. Tapi dalam pada itu, masih ada pemimpin yang sibuk ke sana sini menabur fitnah kononnya PRU13 tidak adil dan telus. Jika benar ada penipuan mana bukti-buktinya??
Suruhanjaya Pilihan Raya akhirnya telah tampil membuat laporan Polis dan penerangan jawapan sebenar fitnah dan pembohongan yang selama ini dilemparkan oleh Pakatan Rosak(PR). Apakah selama ini SPR mahu membiarkan ada pihak yang tak bertanggungjawab menghina mereka dalam melaksanakan tugas mereka. Tahniah diucapkan pada seluruh rakyat Malaysia yang memberikan sokongan tidak berbelah bagi pada SPR.


Laporan yang dibuat oleh Anwar Ibrahim kenapa hanya untuk penggunaan dakwat kekal? Mana 40 ribu Bangla yang dikatakan 'Diimport'? Mana kawasan BlackOut yang digembar gemburkan? Mana bukti kapal terbang yang bawa Mat-mat Bangla tu..?? Rakyat Malaysia harus sedar mereka selama ini DITIPU oleh manusia yang hanya pentingkan kepentingan peribadinya sendiri.

P/S:  Sabarlah Alex Feergusen, lepas bersara dari arena bolasepak ni bolehlah join politik..hahaha