Yang pasti Kerajaan Barisan Nasional(BN) tidak pernah meminggirkan guru-guru..apasaja keperluan untuk penambahbaikan sistem pembelajaran negara, Kerajaan BN tunaikan. Malah kebajikan guru-guru tidak pernah di abaikan demi proses pendidikan negara berjalan seperti yang di rancang dan yang paling utama anak bangsa yang ada ilmu bermanafaat dapat di lahirkan.
Boleh dikatakan apa saja guru minta walaupun, pasti dapat. Naik gaji, naik pangkat dan pelbagai lagi kemudahan semuanya di penuhi. Namun, kualiti guru adakah semakin baik..??
Bukan isu nak 'hentam' guru yang tak sokong Kerajaan BN jauh sekali nak kritik siapa depa pilih masa PRU baru-baru ini. Menurut sumber, realitinya guru hilang kredibiliti walaupun bukan semua tapi nampaknya makin ketara.
Khabarnya, nilai 'Negara' sudah hampir hilang dalam perjuangan mendidik anak bangsa. Ramai guru dah ada 'profesyen malam'. Keluar berkempen untuk jatuhkan Kerajaan BN malah ada yang berani bersetongkol dengan puak-puak cuvanis, ceramah hentam kerajaan BN dengan menyembunyikan fakta apa yang Kerajaan BN telah buat terhadap mereka yang bernama CIKGU !
Ada guru tidak lengkap ilmu KENEGARAAN..ilmu yang mampu menyedarkan diri dan muridnya bahawa negara perlukan keamanan untuk maju bersama negara yang lain. Guru sendiri keliru antara perjuangan majukan ILMU dengan majukan parti politik..Guru keliru antara yang fakta dengan yang persepsi..malah gagal menyelami realiti dan terpengaruh dengan FITNAH !
Dulu, guru di segani malah ramai guru jadi wakil rakyat yang berwibawa kerana mereka 'membawa dan mengamalkan' ilmu yang mereka ajari. Kini maaf cakap, guru di ajar oleh manusia yang SPMnya pun entah di mana. Guru sibuk bertempik sawan di Dataran Merdeka. Ada juga guru terlibat dalam himpunan haram jadah di mana majoritinya GURU MUDA !!
Penulis juga pernah mendengar aduan daripada murid-murid di sekolah menengah yang mana ada sesetengah guru yang mempengaruhi mereka supaya membenci kerajaan. Beginikah sikap pendidik?
Kerajaan BN wajib kursuskan semula semua guru-guru muda yang ada. Mereka adalah pelapis. Kursuskan mereka dengan NILAI KENEGARAAN. Tidak salah berpolitik tapi salah dan songsang kalau mempolitikkan nama baik guru. Contohi guru-guru veteran. Mereka berkhidmat sepenuh hati semasa mengajar dan mereka mengajar tambahan ilmu yang tiada dalam buku kepada pelapis bangsa..ILMU SAYANGKAN NEGARA !