Friday, October 19, 2012

Jangan Sampai Melayu Terkulai Layu


Suka atau tidak, percaya atau tidak inilah hakikat sebenar melalui sistem demokrasi yang diamalkan dalam sesebuah negara apabila jumlah undi akan ditentukan apabila menjelang Pilihanraya Umum bagi menentukan pentadbiran sesebuah negara.  Namun, apa yang merisaukan penulis, senario di Malaysia pada ketika ini amat merisaukan apabila masih ramai rakyat Malaysia iaitu majoritinya Orang MELAYU yang layak mengundi tetapi TIDAK mendaftar lagi... Dimanakah kesedaran anda wahai bangsaku?
Statistik menunjukkan, antara punca orang Melayu masih menjadi kumpulan terbesar belum mendaftar ialah kerana kurang rasa tanggungjawab menunaikan hak sebagai warga negara, tidak peka situasi politik tanah air dan gemar mendaftar pada saat akhir. 
Itu trend yang dikesan oleh SPR. Kebanyakan rakyat kita, terutama belia Melayu kurang kesedaran mendaftar sebagai pengundi walaupun sudah berusia lebih 21 tahun. Biasanya, apabila menjelang pilihan raya umum atau pilihan raya kecil, barulah mereka sibuk mendaftar. Kalau daftar lambat dan kemudian berlaku pilihan raya, SPR tidak dapat mengesah dan mewartakan nama mereka dalam Daftar Pemilih terkini, menyebabkan mereka tidak dapat mengundi dan amatlah merugikan.
Dengan jumlah yang besar ini, penulis amat berharap agar kita semua saling ingat-mengingati dan sentiasa memberi kesedaran kepada ahli keluarga, sahabat handai, jiran tetangga tentang betapa pentingnya Daftar Pengundi
Jangan berlengah lagi, ayuh bangun dari tidur wahai Melayuku...