Wednesday, October 3, 2012

Konvoi Royalti "R" Hambar&Ganggu Mahkamah Putrajaya

Tetamu tidak diundang sekali lagi cuba mencemari keindahan waktu pagi di Putrajaya.  Sudahlah warga Putrajaya sibuk hendak ke tempat kerja ketika itu, tiba-tiba dicemari pula oleh segelintir pihak yang datang ke Putrajaya semata-mata mahu menarik perhatian dan tumpuan.

Siapakah yang berkaca mata hitam itu? kelihatan seperti Chegu Bard. Mungkinkah??

Bersolat di perkarangan Mahkamah Putrajaya



Hal ini berlaku di perkarangan Mahkamah Putrajaya pagi tadi.  Orang ramai terpinga-pinga apakah yang berlaku?  Kenapa mereka solat di kaki lima? Sedangkan Masjid Sultan Mizan (Masjid Besi) tidak jauh dari situ.  Hanya 10 minit kalau berjalan kaki.  Lantas tindakan polis berjaya mengawal keadaan supaya mereka segera beredar.  Seperti yang dimaklum, konvoi ini sebenarnya didalangi oleh Ketua-ketua Parti Pembangkang yang sememangnya sudah lama teringin hendak merampas Putrajaya.