Saturday, October 6, 2012

Sekutu NED Mahu Hancurkan Malaysia

NED (National Endowment for Democracy) yang ditunjangi oleh George Soros dan beberapa pemimpin lain ada niat untuk menghancurkan Malaysia.  Dengan didalangi oleh beberapa orang pemimpin "NGO" dan parti pembangkang, usaha awal ini dilihat dengan menaja dana yang cukup besar untuk bergerak di dalam negara kita.



Motto mereka "supporting freedom around the world" hanyalah helah dan tipu muslihat mereka semata-mata untuk menghancurkan negara.  Mereka sebenarnya menggalakkan demonstrasi jalanan dan huru-hara untuk melumpuhkan sesebuah kerajaan.  Justeru penulis mohon agar kita rakyat Malaysia menggesa kerajaan bertindak tegas terhadap portal berita propembangkang, Malaysiakini dan Suara Rakyat Malaysia (Suaram) sekiranya terbukti menerima pembiayaan dana asing.  Kita tidak boleh membiarkan dua entiti tersebut sewenang-wenangnya melakukan agenda tersirat pihak asing yang mahu melihat negara ini hancur dan porak-peranda.  
Pendedahan yang dilaporkan kebelakangan ini menunjukkan dana asing itu diperoleh daripada pertubuhan yang mempunyai kaitan dengan penyangak mata wang, George Soros.


Pihak tidak bertanggungjawab itu juga dilihat mengambil kesempatan menghentam kerajaan disebabkan tiada undang-undang yang tegas seperti Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).  Pada pandangan penulis, Malaysiakini dan Suaram juga dilihat TIDAK mempunyai agenda membaiki budaya politik negara sebaliknya menggunakan alasan seperti kebebasan dan hak asasi untuk menghancurkan negara.
“Saya berpendapat mereka ini seperti pelampau politik berniat menghancurkan sistem politik negara,