Tuesday, October 2, 2012

Wanita Pencetus Ekonomi Baru


PM memberi galakkan supaya lebih ramai wanita kembali ke pasaran kerja dalam ucapan beliau pada Majlis Sambutan Hari Wanita Kebangsaan 2012.  Dengan bertemakan "Wanita Pencetus Ekonomi Baru" ujar PM amatlah rugi wanita, kita berbelanja besar hantar belajar tinggi-tinggi di universiti tetapi lepas itu mereka berhenti kerja.  
Oleh itu pelbagai usaha akan dilaksanakan untuk membolehkan golongan wanita ini kembali ke pasaran kerja di negara ini.

Beliau berkata walaupun lebih 60 peratus penuntut universiti di negara ini adalah wanita, jumlah itu tidak dicerminkan dalam pasaran kerja dan itu merupakan satu kerugian kepada negara.
Perdana Menteri berkata hanya 46 peratus tenaga kerja dalam pasaran pada masa kini adalah wanita kerana kebanyakan mereka memilih untuk memberi fokus kepada pengurusan rumah tangga.